Untuk mereka yang inginkan kelainan, terdapat versi buggy off-road yang dinamakan sebagai My Ami Buggy dengan pintu asal dibuang dan digantikan dengan bar keluli, rim keluli, kerangka bumbung serta kemasan warna kusam.
Pada asalnya, Citroen hanya menawarkan 50 unit sahaja model My Ami Buggy pada tahun lepas.
Disebabkan permintaan yang memberangsangkan, Citroen membuat keputusan untuk menambah lagi angka My Ami Buggy untuk tahun ini dan tidak mengejutkan apabila kesemua 800 slot telah pun habis dijual dalam masa kurang 10 jam!
Daripada jumlah tersebut, 65 daripadanya diperuntukkan untuk pasaran Belgium, di mana kesemua unit habis terjual dalam masa sembilan minit.
Di Perancis, kesemua 430 unit My Ami Buggy habis dijual dalam masa dua jam, sementara seorang pembeli dari Sepanyol berjaya melengkapkan pembelian dalam masa 1 minit 10 saat sahaja!
Selain daripada negara yang disebutkan tadi, My Ami Buggy turut dijual di Itali, Portugal, UK, Luxembourg dan juga Greece.
Difahamkan, tambahan 200 unit My Ami Buggy akan dibina untuk pasaran lain seperti Turki dan Maghribi.