80 kg lebih ringan, 40 mm lebih lebar - Swift Sport baharu cabar pesaing Eropah

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bila bercerita akan hatchback laju, pastinya nama-nama seperti Volkswagen Polo GTI, Ford Fiesta ST, Peugeot 208 GTI dan pelbagai lagi akan disebut.

Memang tradisi kenderaan "pocket rocket" asalnya dari Eropah dan popular dikalangan remaja-remaja yang gilakan kenderaan.

Namun begitu, Suzuki nampaknya sudah mula agresif ke arah itu dengan Swift Sport baharu mereka. 

Dipertontonkan semasa Pameran Automotif Frankfurt sekarang, Swift Sport baharu dilaporakan cuma seberat 970 kg dan lebar ditambaha sebanyak 40 mm.

Tenaga maksima dari enjin 1.4 Liter turbo itu ialah 136 hp, cuma 2 hp lebih dari enjin lama tetapi dengan berat di bawah satu tan, dan pengendalian yang bailk seperti Swfit Sport sebelumnya, Suzie ini nescaya menjadi satu legenda di dalam dunia permotoran.

Sayang sekali Suzuki telah pun mengucapkan Hai Hai Bye Bye kepada Malaysia dan dengan adanya Geely bersama Proton, masa depan Suzuki-Proton nampaknya pun turut tamat dan Ertiga itu bakal menjadi satu-satunya produk mereka bersama di dalam perkahwinan yang singkat itu.

 

*Gambar Suzuki Swift Sport merah adalah dari TopGear UK

 

Berita Berkenaan

Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota…