8-Series Coupe sudah hadir!

oleh HEZERI SAMSURI|
Akhirnya BMW melancarkan model coupe terbaharu jenama premium itu.

8-Series Coupe, nama rasmi model ini bukan sahaja satu model yang baharu, tetapi menampilkan halatuju rekabentuk terkini BMW.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model M850i yang dilancarkan dilengkapi dengan enjin 530hp/750Nm 4.4-liter V8 dengan dua pengecas turbo itu telah diolah dan diubah, termasuk kotak engkol dengan besi aloi baharu untuk lebih kukuh dan dinding silinder yang disembur dengan lapisan besi untuk mengurangkan geseran.

 

 

8-Series Coupe juga didatangkan dengan enjin-enjin lain termasuk diesel. 

Dari segi rekabentuk, bahagian luar memang nampak lebih radikal. Ruang kabin juga nampak lebih mewah dengan kemasan krom dan kulit. Mungkin BMW sudah mula mahu mewujudkan kabin yang lebih selesa dan cantik, tidak sebosan kabin model-model mereka sekarang.

 

 

Satu perkara yang menarik perhatian penulis ialah penggunaan bahan kaca untuk beberapa item di konsol 8-Series - tombol gear, iDrive Controller, butang start/stop dan butang audio. Ia seperti meniru penggunaan kristal tulen pada tombol gear di dalam model-model generasi terbaharu Volvo.

BMW baharu ini akan mula dijual di UK pada bulan November ini dari harga £76,270 untuk 840d dan £100,045 untuk M850i yang ditayang di sini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…