8 Perkara yang perlu anda tahu berkenaan kereta elektrik sulung Porsche

oleh Mohamad Hanif|
Porsche kini telah mendedahkan sedikit sebanyak info berkenaan model produksi Mission E, kereta pertama Porsche yang dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya yang bakal memasuki fasa produksi pada tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mari kita lihat 8 perkara yang penting berkenaan sedan daripada Porsche ini. 

 

1. Nama rasmi: Taycan


Pada ulang tahun Porsche yang ke-70, mereka telah mengumumkan nama rasmi bagi kenderaan elektrik sulung mereka yang digelar Taycan (tie-con) yang membawa maksud "kuda muda yang hidup".

 

2. Taycan bukan sebuah Panamera versi Elektrik


Taycan menggunakan platform tersendiri yang dinamakan platform J1, dengan penempatan bateri pada bahagian lantai sama seperti Tesla, dan bukan berkongsi platform yang sama dengan Panamera. 

Untuk pengetahuan, platform yang sama juga bakal digunakan oleh Audi untuk model e-Tron GT, model elektrik sulung daripada Bentley dan ura-ura mengatakan Lamborghini juga membangunkan versi yang sama. 

 

3. Varian Taycan


Menurut bos Porsche, Oliver Blume, Taycan akan mengikut jejak langkah model terdahulu dengan pengenalan beberapa versi istimewa. 

Seperti Tesla Model S, Taycan juga akan ditawarkan dengan beberapa output kuasa (402 hp, 536 hp, 670 hp) yang berlainan serta pilihan motor elektrik tunggal mahupun berkembar. 

 

4. Sistem pacuan yang bijak


Menggunakan teknologi yang sama pada kereta 919 LMP1 yang memenangi tiga gelaran Le Mans, Taycan dijangka mampu mencapai 100km/j dari pegun dalam masa kira-kira 3.5 saat serta turut dilengkapi dengan sistem stereng empat roda dan ciri torque vectoring. 

 

5. Dua kapasiti bateri bakal ditawarkan


Taycan akan menerima dua pek bateri yang berlainan, 80 kWh dan 95 kWh dengan sistem penyejukan suhu bateri bagi menawarkan tenaga yang berterusan daripada bateri pada suhu pengoperasian yang paling ideal. 

 

6. Harga jualan


Menurut Blume, Taycan akan dijual pada harga yang sama seperti Porsche Panamera, bermula dari $85,000 (RM339,022++) sehinggalah $190,000 (RM757,815++) harga bagi versi Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo. 

 

7. Sistem pengecasan pantas Porsche


Porsche dijangka akan mengeluarkan sistem pengecasan pantas tersendiri berkuasa 800 Volt yang mampu mengecas bateri penuh dalam masa kira-kira 15 minit, memberikan jarak pengoperasian sejauh 400 km.

 

8. Rekaan versi produksi Taycan


Rekaan asal Mission E yang futuristik dengan elemen klasik Porsche akan dibawa masuk kepada versi produksi sebenar Mission E/Taycan ini. 

 

Sumber: Road and Track

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…