Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa terlibat masing-masing seorang dari treler muatan absorber lori dan treler muatan plastik serta dua dari kereta jenis Volkswagen.
Ujar beliau, turut terlibat empat mangsa dari kereta jenis BMW, tiga mangsa kereta Toyota Yaris manakala seorang masing-masing dari kereta Perodua Alza, Honda Civic, Perodua Aruz dan Honda CRV.
Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.06 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dengan dibantu BBP Tapah ke lokasi.
"Terdapat 15 orang mangsa, lapan daripadanya cedera dan tujuh selamat.
Dipercayai kemalangan membabitkan sembilan kenderaan ini berlanggar dari arah belakang, bagaimanapun tiada mangsa tersepit.
"Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian," katanya.
Jelasnya, beberapa orang mangsa yang cedera juga telah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS serta ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Tarmizi Rasid itu tamat pada jam 12.46 tengah malam.