Berdasarkan hantaran di media sosial oleh Bulwell Police Department, UK, lelaki berusia 83 tahun itu ditahan ketika sedang memandu kereta Mini One untuk membeli barangan keperluan.
Menariknya, selama 70 tahun memandu tanpa lesen yang sah, lelaki tersebut tidak pernah mengalami sebarang kemalangan, atau menyebabkan kecederaan kepada orang lain.
Di Nottingham, pihak berkuasa sudah pun mula menggunakan sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) secara meluas bagi mengesan dan membendung salah laku trafik.