70 peratus kereta tidak boleh hidup kerana bateri - Bosch

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurun kajian yang dilakukan oleh Bosch, tujuh dari 10 kerosakan yang menyebabkan kereta tersadai ialah disebabkan kegagalan bateri.

Ini diikuti dengan masalah enjin dengan 20 peratus dan masalah pendawaian (wiring) pada lima peratus.

Kajian yang dilakukan oleh Bosch itu merangkumi 350 pemandu di Malaysia berusia antara 18 hingga 55 tahun.

Kajian itu dilakukan untuk mempelajari tabiat kepenggunaan pemandu Malaysia akan bateri kenderaan mereka.

Bosch juga mendapati lebih kurang 75 peratus pemilik kenderaan menggunakan bateri "maintenance-free" (MF) yang tidak perlu sebarang penyelenggaraan.

Bakinya masih menggunakan bateri konvensional "lead acid".

 

 

Menurut Pang Yoon Kong, pengurus wilayah (country manager) untuk Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Bosch menyarankan agar semua pemilik kenderaan memeriksa keadaan bateri walau apa jua jenis bateri itu.

Pemeriksaan boleh dilakukan oleh mekanik atau dengan alat ujian elektronik untuk bateri.

"Namun begitu, pemeriksaan bateri harus dilakukan dengan hati-hati dan memastikan tidak ada sumber nyalaan api berdekatan kerana gas yang keluar dari bateri jenis lead-acid mudah terbakar," nasihat beliau.

"Untuk mereka yang menggunakan bateri konvensional lead-acid, 50 peratus dari kerosakan awal pada bateri ialah kerana kehilangan air. Air hilang melalui proses penyejatan akibat suhu tinggi di bawah bonet, terutama untuk negara dengan iklim tropika seperti Malaysia," terang Pang.

 

"Untuk memastikan bateri lead acid tahan lama, perlu sentiasa memeriksa keadaan air bateri," ujarnya lagi.

Namun begitu, adalah sukar untuk bateri menyimpan caj penuh kerana keperluaan kenderaan sekarang yang mempunyai pelbagai alatan dan kelengkapan elektronik.

"Pemanduan dalam bandar yang pendek jaraknya akan menyebabkan bateri tidak cukup dicajkan."

Bateri MF yang bebas penyelenggaraan pula mempunyai lebihan kuasa untuk cranking (menghidupkan enjin) dan juga lebih cepat dicaj.

"Kerana itu bateri MF tahan lebih lama berbanding bateri lead-acid biasa," dakwa beliau.

Kebanyakan bateri MF juga datang dengan penanda prestasi bateri untuk memberitahu keadaan bateri itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…