7 sebab anda perlu ke Malaysian GP 2-4 November ini!

oleh Muhamad Hanif|
TInggal berbaki lagi enam bulan sebelum acara kemuncakShell Malaysia Motorcycle Grand Prix bakal berlangsung selama tiga hari bermula 2-4 November 2018.
Promosi Duit Raya

Bagi mereka yang masih berkira-kira untuk ke Litar Sepang pada penghujung tahun ini, kami bawakan kepada anda tujuh sebab kenapa anda perlu ke sana memeriahkan suasana.
 


1. Kehadiran pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah dijangka akan menarik lagi kehadiran penonton ke Litar Sepang pada 2-4 November 2018 nanti.


2. Para pengunjung juga boleh turut sama menyaksikan sendiri aksi perlumbaan yang bakal ditampilkan oleh pelumba kelas Moto2 iaitu Khairul Idham Pawi (Idemitsu Honda Team Asia) dan pelumba kelas Moto3 iaitu Adam Noroddin (Petronas Sprinta Racing). 

3. Para pengunjung turut berpeluang untuk menyertai sesi autograf bersama pelumba-pelumba MotoGP, forum bersama peminat dan sesi berjalan di dalam kawasan pit Litar Sepang.


4. SIC turut menganjurkan Mega MotoGP Carnival dengan penyertaan lebih daripada 80 syarikat pengeluar motorsikal seperti Yamaha, Honda, Kawasaki, Benelli, Suzuki dan BMW, syarikat pengeluar pelincir (Petronas, Motul), dan aksesori daripada Rahbar Ventures.

5. Pelumba negara, Hafizh Syahrin turut diberikan penghormatan untuk tampil di booth istimewa bersama syarikat pengeluar minuman tenaga Monster.

6. SIC mengambil kesempatan untuk melancarkan kempen yang dekat di hati peminat, #KamiGearKe7 dengan pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang tiga hari acara Malaysian GP berlangsung. 
 


7. Tiket masuk laris terjual! Tinggal lebih kurang 400 tiket ke Main Grandstand dan Premier Roving untuk direbut, manakala kawasan Marc Marquez Tribune dan F Grandstand telah habis dijual. Untuk masa terhad, setiap pembelian berharga RM50 ke atas akan menerima sampul duit raya percuma daripada SIC, sementara stok masih ada. 

Dijemput kepada semua rakyat Malaysia untuk hadir memeriahkan acara Malaysian GP pada 2-4 November 2018. Jumpa anda di sana!

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pertandingan permainan simulator perlumbaan e-Sports Endurance itu merupakan satu inisiatif bagi…
Berita Domestik
Pengarah SIC, Datuk Razlan Razali kini sedang menghadiri mesyuarat tergempar bersama pemegang hak…
Berita Domestik
Sebanyak sepuluh orang bakat muda telah dipilih untuk berlumba di bawah tajaan sepenuhnya oleh SIC…