7 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Teluk Kumbar

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Harian Metro
Tujuh kenderaan di Pangsapuri Taman Kumbar Permai, Teluk Kumbar di Bayan Lepas pada Sabtu, rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Pokok dianggarkan sebesar dua pemeluk dewasa atau ukur lilit kira-kira dua meter itu tumbang mengenai kereta yang diparkir di kawasan pangsapuri berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pokok dianggarkan sebesar dua pemeluk dewasa atau ukur lilit kira-kira dua meter itu tumbang mengenai kereta yang diparkir di kawasan pangsapuri berkenaan.

Katanya, dia kemudian bergegas turun ke kawasan parkir dan mendapati, dua lagi kereta iaitu milik anak dan menantunya turut terbabit.

"Kereta Honda Civic milik saya serta dua lagi Perodua Myvi kepunyaan anak dan menantu turut mengalami kerosakan di bahagian bumbung, cermin pandang sisi, cermin hadapan dan lampu.

Katanya, dia kemudian bergegas turun ke kawasan parkir dan mendapati, dua lagi kereta iaitu milik anak dan menantunya turut terbabit.

"Kos bagi membaiki kereta saya dianggarkan bernilai RM10,000, namun kami reda dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Sementara itu Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk, Nazrul Nizar Nedzri, 45, berkata pihaknya akan membuat permohonan dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi memantau pokok lain di sekeliling perumahan itu.

"Permohonan pemantauan itu adalah bagi memastikan pokok di kawasan berkenaan dalam keadaan baik, supaya tidak berlaku kejadian serupa yang menyebabkan kemusnahan harta benda," katanya di sini.

Difahamkan, kawasan itu laluan angin kencang namun ia kali pertama membabitkan kejadian pokok tumbang menghempap kenderaan.

Tinjauan di lokasi mendapati, kesemua pemilik sudah mengalihkan kenderaan masing-masing dan difahamkan, pihak berkenaan juga sudah memaklumkan kepada MBPP bagi kerja membersihkan pokok berkenaan.

Dahan pokok tumbang itu juga mengenai tembok dan bumbung gerai berhampiran hingga menyebabkan kerosakan.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan kejadian diterima Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…
Berita Domestik
Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala…
Berita Domestik
Beliau berkata sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba, pihaknya…