Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, R. Devaraju, Naza Corporation Holdings berkata, "Dalam semangat Malaysia yang sebenar, Naza Kia Malaysia telah mengadakan kempen bertema kemerdekaan dan Hari Malaysia iaitu " Fuel Your Freedom, Discover Malaysia with Kia" untuk meraikan pengalaman pemilikan baharu pelanggan serta menggalakkan rakyat Malaysia mengembara serta meneroka kepelbagaian yang menjadikan Malaysia cantik dan unik".
Pelanggan yang membeli kenderaan Kia dari pengedar Naza Kia Malaysia di seluruh negara dari tempoh 15 Ogos hingga 30 September 2019 secara automatik layak memasuki pertandingan ini. Para pemenang telah dipilih secara rawak oleh panel penghakiman.