6000 Tempahan Myvi Serba Baharu Dalam Tempoh Sembilan Hari!

oleh SALINA JALIL|
Perodua Myvi yang terbaharu, yang baru dirasmikan pada 16 November telah pun dibuat penghantaran pertama kepada pelanggan pertama, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), YBhg Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Tan Sri yang merupakan Pengerusi Kumpulan PNB berkata beliau benar-benar berbesar hati untuk menjadi pelanggan pertama yang membuat tempahan dan menerima penghantaran pertama Perodua Myvi pagi semalam, 16 November 2017.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga ke jam 8.00 malam, 17 November 2017, tempahan Myvi terbaharu ini adalah sebanyak 6,000 unit dan Perodua telah pun  memulakan penghantaran seawal 8.00 pagi pada hari yang sama (17 November 2017). Syarikat kereta kompak yang paling diminati di Malaysia membuka tempahan pesanan untuk All-New Perodua Myvi ini sejak 9 November.

Tan Sri Abdul Wahid juga berkata dengan rekabentuk yang menarik dari pereka dan jurutera Malaysia sendiri, ia mempunyai semua ciri-ciri canggih yang diharapkan walaupun kebiasaannya ia cuma terdapat pada kereta premium sahaja dan penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang yang menyakinkan.

 

Myvi rear

 

Penarafan ASEAN NCAP yang bertaraf 5 bintang secara rasmi dianugerahkan kepada Myvi baharu pada 16 November.

Tan Sri juga berkata PNB amat berbangga dengan prestasi syarikat Perodua di mana PNB mempunyai saham pelaburan. "Mereka benar-benar layak mendapat status syarikat kereta kebangsaan. Tahniah kepada pasukan Perodua!" tambah beliau lagi. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata Perodua ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, kerajaan dan syarikat-syarikat pemegang saham Perodua di atas sokongan kuat mereka terhadap Myvi yang kami kasihi kata beliau.

Di samping itu, Perodua mengumumkan tiga pemenang utama hadiah 'Myvi 12 Anniversary SMS & Win Anniversary Iconic Years' dan mereka juuga merupakan antara pemilik pertama apabila Perodua memberikan setiap kunci kepada Myvi 1.5 Advance semalam.

 

winners

 

Pemenang bertuah peraduan itu adalah Cik Chin Mei Ling, 26, Mohd Nazmil bin Mohd Nasir, 33, dan Encik Ong Kok Seng, 60. Myvi 1.5 Advance dijual pada harga RM55,300, di atas jalan sebelum insurans.

"Kami tetap komited untuk memaksimumkan penghantaran kereta untuk memastikan Perodua Myvi baharu ini dihantar dengan cepat kepada pemilik masing-masing. Kami mengalu-alukan semua untuk melawat bilik pameran jualan kami di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perodua Myvi baharu ini dan untuk memandu uji sendiri kereta ini" kata Datuk Aminar.

Perodua Myvi generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2005 dan lebih sejuta unit dihasilkan antara tahun 2005 dan 2017, menjadikannya model Perodua yang paling popular dalam sejarah. Perodua telah menghasilkan lebih daripada 3.2 juta kenderaan sejak Ogos 1994

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…