6 sebab menarik untuk membeli Honda CR-V baharu

oleh ONNY IZWAN|

Kami amat tertarik dengan pembaharuan pada Honda CR-V generasi ke-5. Pada sesi pratonton beberapa hari lalu, kami dapat mencuba beberapa ciri-ciri baharu yang tidak terdapat pada model generasi ke-4. Berikut ialah enam sebab-sebab menarik tentang CR-V baharu.

 

brakeCRV

 

  1. Ia sekarang lebih seronok untuk dipandu dengan tangkas

 

Pada sesi pratonton beberapa hari lepas, kami sempat membuat aksi pengendalian seperti gerakan slalom dan membrek dari kelajuan tinggi, dan kami mendapati CR-V baharu lebih stabil dan tangkas apabila digunakan untuk membuat pergerakan-pergerakan cepat, tanpa masalah. Daya pecutannya juga lebih bertenaga. Jelas bahawa talaan sistem gantung CR-V baharu telah dipertingkatkan untuk memberi tahap pengendalian dan cengkaman yang lebih baik.

 

CRV1

CR-Vdrive

  1. Enjin lebih efisyen dan berkuasa (turbo)

 

CR-V baharu turut akan diperkenalkan dengan pilihan enjin 1.5L Turbo VTEC, iaitu enjin yang sama yang digunakan pada model Civic yang dijual sekarang. Enjin kapasiti kecil berkuasa turbo sememangnya lebih efisyen dari enjin biasa kerana setiap liter bahanapi yang digunakan dapat menghasilkan lebih banyak kuasa dari enjin biasa dengan bantuan pengecas turbo. Beza enjin turbo yang digunakan pada CR-V dan yang dipakai oleh Civic ialah kadar tekanan turbo yang lebih tinggi pada CR-V. Ia dapat menghasilkan sebanyak 193 PS, iaitu lebih tinggi dari 173 PS yang dihasilkan oleh enjin turbo Civic. Begitu juga dengan kadar torknya, iaitu 243 Nm, lebih tinggi dari 220 Nm yang dihasilkan oleh Civic. Bahkan jika dibandingkan dengan prestasi enjin 2.4 sebelum ini, eniin 1.5-liter CR-V baharu lebih berkuasa. Enjin 2.4 generasi ke-4 hanya menjana sebanyak 190 PS dan 222 Nm.

 

CRVTEC

 

  1. Ruang dalamnya lebih luas (dan selesa)

 

Berbanding dengan CR-V lama, ruang dalam lebih luas pada CR-V baharu. Ini kerana jarak antara tayar depan dan belakang lebih panjang, ditambah sebanyak 40 mm, memberikan ruang kaki yang lebih selesa. Bukan sahaja panjang, tetapi ia juga 35 mm lebih lebar dari model sebelumnya. Bayangkan keluasannya. 

 

CRV2

 

  1. Terdapat sistem Honda Sensing yang membuat pengendalian lebih selesa dan selamat

 

Honda Sensing ialah teknologi canggih yang menggunakan sebuah kamera monokular dan sistem pengesan radar untuk memberikan anda keselesaan pemanduan yang belum pernah dicapai sebelum ini. Seakan-akan sistem kereta berautonomi, ia membantu pemandu CR-V untuk membelok dan mengekalkan jarak secara automatik apabila diperlukan. Ini bermakna tiada lagi rasa penat menjaga pergerakan pada waktu kesesakan atau bahaya jika anda hilang perhatian bila memandu. 

oldandnew

Sense-ing

HondaSensing

 

  1. Rekabentuk baharu lebih menarik dan mewah

 

Jika dilihat dan dibandingkan dengan CR-V lama dengan sekali imbas, anda mungkin tidak dapat mengesan pembaharuan pada CR-V baharu. Tetapi dengan perhatian yang teliti, anda akan dapat melihat butiran-butiran rekabentuk yang membuatkan CR-V baharu jauh lebih mewah dan menarik dari CR-V lama, seperti bampar dan lampu yang lebih kemas dan elegan. Yang lebih ketara perbezaannya ialah di dalam. Roda stereng, skrin tengah, tempat duduk, hiasan pintu, semuanya menunjukkan tahap kemewahan yang tiada pada CR-V sekarang.

 

CRVV

CRVVV

CRV4

RimCRV

  1. Kelegaan permukaan lebih tinggi dari CR-V lama

 

Mungkin jarang menjadi suatu kelebihan, tetapi kelegaan permukaan CR-V baharu membolehkan ia digunakan pada jalan-jalan rosak dan tidak rata dengan lebih selesa dan selamat. Berbanding dengan model lama, CR-V baharu ini berada sekitar 20 mm lebih lega dari dasar permukaan jalan. Tiada lagi risau apabila lalu pada jalan yang banjir. 

 

cRV5

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Honda Malaysia hari ini telah melancarkan model CR-V versi terkini. CR-V 2017  dilancarkan di…
Berita Domestik
  Walaupun masih belum di lancarkan secara rasmi, kami semalam telah mendapat sesi pratonton dan…