6 ribu unit SUV Lynk & Co 01 ditempah dalam masa 137 saat di China!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lynk & Co yang merupakan syarikat gabungan di antara Geely dan Volvo telah mencipta rekod baharu di dunia. 

Pada 17 November lalu, Lynk & Co telah membuka jualan dalam taliannya yang pertama. Dalam tempoh 2 minit 17 saat sahaja sebanyak enam ribu unit SUV 01 telah ditempah menjadikannya kereta paling pantas terjual di dunia!

Lynk & Co sebenarnya merancang acara pra jualan tersebut untuk berlangsung selama tiga hari tetapi kesemua unit habis dijual dalam tempoh 137 saat sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara pra jualan ini dibuat awal sebelum pembukaan jualan rasmi pada 28 November lalu. Untuk makluman, rekod tersebut hanya dicapai di China memandangkan 01 belum dibuka untuk jualan global.

Bermula 28 November, jualan 01 dibuka di hampir 150 butik dan kedai di serata China melalui konsep baharu secara terbuka dengan kafe, panggung wayang dan kawasan permainan kanak-kanak.

 

 

Konsep jualan Lynk & Co agak unik dimana pelanggan tidak perlu memilih senarai panjang kelengkapan dan aksesori seperti kebiasaan. Pelanggan hanya perlu memilih pakej disediakan mengikut harga yang ditawarkan.

Harga pembukaan untuk pasaran China bermula dari RMB 158,800 hingga RMB 202,800 atau bersamaan RM 98,156 hingga RM 125,355. Julat harga ini setara dengan SUV kompak yang dipasarkan di Malaysia.

Untuk model pertama di China, 01 menggunakan enjin petrol dari Volvo. Model pasaran Eropah nanti akan menggunakan nadi kuasa elektrifikasi dengan lebih lebih teknologi dan rangkaian sambungan internet.

Harga 01 di pasaran Eropah juga akan lebih tinggi berbanding di China.

 

 

Lynk & Co direka dan direkayasa (engineered) oleh pasukan antarabangsa di Gothenburg, Sweden. Jenama ini mempunyai identiti dan sentuhan Eropah dengan pendekatan model bisnes baharu sebagai jenama mobiliti urban.

Jenama Eropah - China ini juga berhasrat untuk mencabar dan mengubah cara produk automotif dibeli, dimiliki dan digunakan di seluruh dunia.

Tidak kira apa pun hasrat mereka, memandangkan Lynk & Co berada dalam ekosistem kumpulan Geely, pasti menarik jika ia dipasang di Tanjung Malim dan dipasarkan pada harga Proton. Mungkin ini jawapan kepada mereka yang mengidamkan kenderaan Volvo.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…