553 kenderaan diharamkan di China bulan hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebanyak 553 jenis kenderaan pelbagai model akan diberhentikan dari dibuat dan dijual di negara China bermula 1 Januari 2018.

Menurut laporan Bloomberg, pengeluaran model-model tersebut akan diberhentikan kerana kesemua kenderaan itu melepasi kadar penggunaan bahan api yang ditetapkan oleh kerajaan China.

Model-model tersebut bukan sahaja melibatkan jkenama tempatan, tetapi jenama global seperti Audi, Chevrolet, Mercedes-benz dan sebagainya.

Menurut Setiausaha Agung bagi Persatuan Kenderaan Penumpang China, Wang Liusheng, 553 jenis kenderaan itu bukanlah satu jumlah yang besar.

"Ia hanya peratusan kecil akan kenderaan penumpang yang dikilangkan di China," ujar beliau.

Senarai kenderaan tersebut dikeluarkan oleh Pusat Perkhidmatan Teknologi Kenderaan China dan menurut Liusheng lagi, senarai tersebut akan muncul lebih kerap pada masa hadapan kerana kerajaan China dan juga industri permotoran di sana percaya ia adalah satu perkembangan yang sihat untuk semua.

 

Namun begitu CEO General Motors, Mary Barra (gambar atas) berkata kerajaan China "dijemput" untuk bekerjasama dengan mereka dan juga industri agar mampu mencipta "keseronokan dan permintaan" untuk kenderaan elektrik, bukan sekadar hanya mahu terus mengenakan undang-undang.

China memang sudah lama berusaha gigih untuk mengurangkan kadar pencemaran di dalam negara mereka  dan kerajaan mereka memang sudah terang-terang ke arah kenderaan elektrik.

Rakyat Malaysia pula masih tertanya-tanya adakah udara boleh dicemarkan, kecuali selepas pesta durian di mana udara dicemari bau sendawa.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…
Berita Domestik
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia…