Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 unit motosikal telah pun berjaya dijual merangkumi jenama seperti Modenas, Vespa, Moto Guzzi, Kawasaki, Aprilia, Ducati dan Harley-Davidson.
Acara yang berlangsung di Gasket Alley itu turut disertai oleh entiti-entiti tempatan seperti Sepang International Circuit, Big Boys Adventure, Riders Garage, Zeus helmet, HJC helmet, Shoei helmet, KYT helmet, Petronas, ELF, Motul, Akrapovic, Ktech, Hypergear, GIVI, Sheng Fatt Superbike, Goh Brothers Motorcycles, Hup Seng Bikerz, Modenas Power Store dan Aeon Credit Services selaku penyedia khidmat kewangan.
Menurut Juan Chow Wee, Pengurus Besar Didi Resources, "kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kami kerana menyertai acara jualan Big Bike Warehouse yang julung kalinya diadakan.
"Kami juga berharap untuk mendapatkan penajaan tempat di mana kami mampu menawarkan pakej yang sama kepada rakan-rakan perniagaan kami, dengan syarat mereka mempromosikan aktiviti serta menawarkan tawaran yang terbaik," ujar beliau lagi.