Kesan kenaikan ini menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia terpaksa mengambil langkah penjimatan dalam banyak perkara, salah satunya ialah kos penyelanggaraan kereta yang sememangnya merupakan perkara penting untuk aktiviti harian.
Berikut merupakan 5 langkah penjimatan bahan api yang dikongsikan oleh Ravi Tallamraju, Ketua Kumpulan Pegawai Teknologi untuk PETRONAS Lubricants International (PLI) :
- Alihkan berat tambahan dari kereta anda
Ini merupakan langkah paling mudah untuk dilakukan dengan mengalihkan berat berlebihan bagi meringankan kereta sekaligus menjimatkan penggunaan bahan api.
Perkara ini boleh dilakukan semudah memeriksa bonet dan ruang tempat letak kaki belakang supaya tiada beg atau peralatan senaman yang sudah berhabuk.
- Pastikan tekanan angin tayar mengikut spesifikasi
Tahukah anda, keadaan tayar kempis atau tekanan angin berlebihan juga boleh meningkatkan penggunaan bahan api. Ia juga menyebabkan jangka hayat tayar berkurang dan mudah rosak.
Oleh itu, pastikan tekanan tayar anda sentiasa berada dalam keadaan sempurna mengikut spesifikasi.
- Gunakan minyak pelincir berkualiti
Penggunaan minyak pelincir mengikut gred dan kualiti yang tinggi memainkan peranan penting dalam memanjangkan jangka hayat enjin, ianya dapat mengurangkan perbelanjaan untuk selenggara yang lebih besar sekaligus menjimatkan penggunaan bahan api.
Sebagai contoh, PETRONAS Syntium dengan teknologi CoolTech+™ yang baru direka untuk meningkatkan kecekapan haba, kawalan pelesapan haba enjin, dan mengurangkan pelepasan ekzos kenderaan.
- Elakkan pandu laju
Mematuhi had laju juga dapat menyumbang kepada penjimatan bahan api. Kebanyakan kenderaan dapat menjimatkan penggunaan bahan api apabila dipandu pada kelajuan antara 50 hingga 80 km/j.
Semasa pemanduan di lebuh raya, lebih 50% kuasa dihasilkan enjin untuk mengatasi seretan aerodinamik, oleh sebab itu, penggunaan bahan api meningkat apa bila kenderaan dipandu melebihi 90 km/j.
- Selenggara kereta mengikut tempoh yang ditetapkan
Melangkau penyelenggaraan rutin untuk jimatkan beberapa Ringgit boleh mengakibatkan anda untuk mengeluarkan belanja yang lebih besar bagi membaiki kerosakan.
Menurut laporan dalam Fuel Economy, menggunakan gred minyak enjin yang disyorkan pengeluar meningkatkan perbatuan gas sebanyak 1%–2%.
Walaupun dengan menggantikan penapis udara, menukar minyak, atau hanya menetapkan apa-apa jenis isu penyelenggaraan dengan kenderaan boleh meningkatkan perbatuan kereta anda sehingga 40%.
Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi 5 langkah ini pasti dapat menjimatkan duit dan mengekalkan kereta anda dalam keadaan yang baik untuk jangka masa panjang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang minyak pelincir yang terbaik untuk kereta, anda boleh layari laman sesawang PLI untuk melihat minyak pelincir disyorkan.
Penulis: Ahmad Danial Yasin