5 EV terpantas dunia 2021

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan elektrik atau EV memang dikenali sebagai jentera pantas kerana kebolehan menghasilkan daya kilas maksimum sebaik sahaja jarum RPM bergerak.

Lihat sahaja mainan kereta kawalan jauh dengan tenaga bateri yang anda beli atas alasan untuk anak anda itu, sekali tekan ia akan menghasilkan seberapa banyak tenaga yang termampu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keistimewaan itu juga menyebabkan cukup mudah untuk EV terus naik ke carta kenderaan-kenderaan terpantas dunia, meninggalkan model-model kereta hypersport dengan enjin konvensional yang besar, berat dan terlalu mahal.

Di bawah ialah lima EV terpantas untuk tahun 2021.

 

 

1. Aspark Owl

  • 0-100 kmsj: 1.69 saat
  • Halaju maksimum: 400 kmsj
  • Harga: US$3.56 juta

Dengan kemampuan mencapai kelajuan 100 kmsj dalam masa kurang dari dua saat, ia boleh menggunakan apa nama binatang pun dan tetap akan menjadi kereta idaman semua adiwira galaksi.

EV dari syarikat Jepun Aspark ini sebenarnya dibina oleh Manifattura Automobili Torino (MAT) dari Itali dan ia  mempunyai empat motor elektrik dan sebuah bateri 69 kWh yang cukup kompak. 

Bateri yang dihasilkan oleh Danecca Ltd dari UK itu menghasilkan 1,480 Kw atau 2,012 hp dan 2,000 Nm.  

Jarak perjalanan dari satu bateri itu dikatakan mencapai  451 km dan bumbungnya cuma 99 cm dari aras bumi, menjadikan ia hypercar elektrik jalanan (road legal) yang terendah di dunia.

Hanya 50 unit yang akan dibina di mana 20 untuk pasaran Eropah, 20 untuk Asia (termasuk Asia Tengah) dan 10 untuk US.

Oh ya, Owl juga adalah hypercar elektrik pertama dari Jepun. 

 

 

 

2. Rimac C_Two Nevera

  • 0-100 kmsj: 1.97 saat
  • Halaju maksimum: 412 kmsj
  • Harga: US$2.44 juta

Kereta kedua dari Rimac ini ini direka untuk jualan kepada orang awam dan juga untuk mempamerkan kehebatan teknologi mereka.

Mungkin kerana itu syarikat dari Croatia ini sudah pun bekerjasama dengan Aston Martin, Koenigsegg, Automobili Pininfarina dan Porsche pula menjadi salah seorang pemegang saham syarikat.

Dengan nama yang menyusahkan untuk dieja, C_Two atapun nama model produksinya, Nevera menghasilkan 1,914 hp dan 2,360Nm, sistem pacuan empat roda, sistem pelancar (launch control) yang canggih dan bateri 120 kWh.

Jarak perjalanan ialan 650 km dan selain berada di tangga kedua carta EV terpantas, Nevera ini juga mampu mencapai kelajuan maksimum 412 kmsj dan 0-300 kmsj mampu dicapai dalam masa 9.3 saat.

Ya, Nevera memang sangat pantas. Hanya 150 unit akan dibina. 

 

 

3. Tesla Roadster

  • 0-100 kmsj: 1.9 saat
  • Halaju maksimum: Atas 400 kmsj
  • Harga: Bermula dari US$200,000

Tesla Roadster diperkenalkan dalam tahun 2017 lagi tetapi sehingga sekarang masih diperam oleh Raja Goreng, Elon Musk.

Namun begitu, rekod Elon masih cukup baik kerana produk Tesla memang antara yang terbaik dan terbukti di pasaran.

Roadster generasi kedua ini menggunakan tiga motor elektrik, bateri 200 kWh dan mempunyai jarak 1,000 km. Tesla juga berkata ia mempunyai daya kilas setinggi 10,000 Nm, cukup kuat untuk memusingkan bumi di atas paksinya.

Dengan harga yang tidak semahal hypercar serta mempuyai empat tempat duduk, Roadster ini nampaknya mampu "membakar" hypercar mahal milik billionaire.

 

 

4. Automobili Pininfarina Battista

  • 0-100 kmsj: 1.9 saat
  • Halaju maksimum: 350 kmsj
  • Harga: Bermula dari US$2.9 juta

Walaupun Pininfarina berasal dari Itali, tetapi Automobili Pininfarina mempunyai ibu pejabat di Munich, Jerman dan nama Battista ialah sempena nama pengasasnya, Battista Pininfarina.

Menggunakan bateri 120 kWh yang dibekalkan oleh Rimac Automobili, Battista mempunyai empat motor elektrik yang menghasilkan 1,400 kW (1,877 hp) dan 2,300 Nm.

Ia juga mampu memecut dari sifar ke 300 kmsj dalam masa bawah 12 saat. Jarak perjalanan ialah 450 km.

Hanya 150 unit akan dibina di kilangnya di Cambiano, Itali dan 40 peratus dari jumlah itu telah pun ditempah.

 

 

5. Tesla Model S Plaid 

  • 0-96.5 kmsj: 1.99 saat
  • Halaju maksimum: Atas 322 kmsj
  • Harga: Bermula dari US$131,000

Tesla percaya kereta biasa juga mampu menjadi sepantas hypercar dan model ini membuktikannya.

Ia menggunakan tiga motor elektrik yang memacu keempat-empat roda (satu di depan, dua di belakang) dan menghasilkan 1,020 hp.

Ia mempunyai jarak perjalanan sejauh 628 km dan stereng kapal terbang yang sangat ranggi.

Jangan terkejut jika Model S Plaid akan muncul di Malaysia kelak, kerana dengarnya sudah ada beberapa individu di sini yang sangat berminat dan lebih dari mampu untuk membayar harganya.

 

 

Untuk warga Asean, kita mempunyai wakil di dalam dunia EV pantas ini. Dendrobium dari Vanda Electrics Singapura yang dalam proses pembinaan dikatakan mempunyai pecutan 0-100 kmsj dalam masa 2.7 saat dan halaju maksimum 320 kmsj.

Ada sesiapa dari Malaysia yang mahu masuk bertanding? 

 

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…