4 kenderaan paling kurang masalah di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

JD Power, sebuah syarikat perunding dan penyelidik pasaran telah melakukan satu kajian untuk tahun 2017 akan kenderaan-kenderaan yang paling kurang memberi masalah kepada pemiliknya sejak hari pertama kenderaan dibeli.

Kajian kali ini juga mendapati bahawa pemilik kenderaan baharu di bawah umur 30 tahun adalah lebih kerap melaporkan masalah akan kenderaan baharu mereka.

Walaupun cuma 37 peratus pemilik muda itu yang melaporkan ada masalah akan kenderaan baharu mereka, jumlah itu sebenarnya lebih rendah dari purata aduan keseluruhan kajian, iaitu pada 43 peratus.

 

roadside breakdown

 

Secara purata juga didapati pemilik muda melaporkan 83 jenis masalah untuk setiap 100 kenderaan, berbanding dengan 77 masalah yang dilaporkan oleh pemilik berusia lebih 30 tahun.

Menurut Muhammad Asyraf Mustafar, Ketua JD Power bagi Malaysia, sikap tidak ambil endah akan aduan dari pemilik muda ini akan memberikan efek yang buruk kepada sesebuah jenama.

Kajian JD Power juga melihat seramai 24 peratus pemilik muda yang mempunyai aduan akan kenderaan baharu mereka tidak akan membeli kenderaan dari jenama yang sama juga - 10 peratus lebih tinggi dari purata seluruh kajian.

Berbanding laporan tahun lalu, jumlah aduan masalah kenderaan baharu meningkat dari 69 aduan untuks etiap 100 kenderaan kepada 79.

Masalah mengenai kualiti pemasangan pula naik sebanyak 7 per 100 kenderaan, dan masalah dari segi rekabentuk turut naik sebanyak 2 per 100 kenderaan.

Antara masalah yang diadukan ialah:

  • Jenama nasional mempunyai lebih banyak aduan (95 berbanding 59 aduan)
  • Segmen SUV kurang aduan, hanya 48 aduan per 100 kenderaan
  • Masalah aduan paling popular ialah bunyi bising angin, 4.3 laporan untuk setiap 100 kenderaan

Kualiti dihargai kerana 46 peratus yang diwawancara akan mempromosikan jenama kenderaan mereka yang kurang bermasalah kepada rakan-rakan. Dan 13 peratus dari mereka yang mempunyai banyak masalah akan kenderaan mereka akan memberitahu rakan-rakan mereka.

Empat kenderaan yang paling kurang masalah di Malaysia untuk tahun 2017 mengikut kategori mereka ialah:

  • Perodua Myvi untuk segmen kompak (84 aduan setiap 100 kenderaan)
  • Toyota Vios untuk segmen sederhana (62 aduan setiap 100 kenderaan)
  • Honda BR-V untuk segmen SUV (27 aduan setiap 100 kenderaan)
  • Isuzu D-Max untuk segmen trak pikap (52 aduan setiap 100 kenderaan)

Di bawah ialah graf carta kajian tersebut:

 

Least problematic cars

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah infrastuktur pengecasan itu sendiri. Hal…
Berita Domestik
JD Power Malaysia pula beroperasi dari pejabatnya di Singapura dan dengan penutupan pejabat di situ…
Berita Domestik
  Faktor-faktor tersebut mengikut urutan keutamaan adalah:    i.   khidmat nasihat pengedar (26…