3 varian baharu Toyota Hilux di Australia - Rouge, Rugged dan Rugged X

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Hilux adalah pikap legenda yang boleh didefinisikan sebagai pikap. Maksudnya, perkataan pikap boleh ditukar ganti kepada Hilux di dalam kamus bahasa atau automotif memandangkan sesetengah orang sudah terbiasa memanggil pikap sebagai Hilux walaupun ia merujuk kepada jenama lain.

Contoh popular lain ialah Maggi atau Colgate.

Di Australia, kenderaan paling laris bukanlah sebuah kereta kompak seperti Perodua Myvi atau sedan seperti Honda City tetapi pikap Toyota Hilux.

Apabila sudah laris dan popular, perhatian yang lebih perlu diberikan supaya ia statusnya sukar dirobek oleh jenama lain. Untuk itu, Toyota Australia bakal melancarkan tiga varian baharu pada suku kedua tahun ini.

Tiga varian Hilux itu dikenali sebagai Roque, Rugged dan Rugged X. Pengenalan tiga varian baharu ini bakal mengukuhkan lagi reputasi Hilux di sana yang mana selain daripada tahan lasak, ia kini tampil lebih bergaya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota Hilux Rugged X

 

Toyota Hilux Rugged X

Ini adalah varian tertinggi dalam barisan Hilux. Varian ini disasarkan kepada pemilik yang sukakan cabaran dengan beberapa aksesori tambahan seperti bash plate yang diperbuat dari aluminium kekuatan tinggi dan bull bar besi yang boleh dipasang dengan winch. 

Kedua-dua aksesori depan Rugged X ini tidak 'mengacau' sistem beg udara dan peralatan keselamatan lain.

Selain itu, Rugged X turut dilengkapi beberapa peralatan lagi seperti jeriji hitam baharu, snorkel, lampu pemanduan LED, poin penyelamatan depan dan belakang kekuatan tinggi, sports bar dan komponen tahan lasak lain. 

 

 

Toyota Hilux Rugged

 

Toyota Hilux Rugged

 

Varian ini pula disasarkan kepada 'kaki' off-road. Varian ini dilengkapi dengan besi bull bar penuh dan snorkel di mana kelengkapannya lebih mirip kepada Rugged X. 

Hilux Rugged ini membawa imej tahan lasak dan off-road. Nak nampak lebih 'ganas', lift sikit badan dan guna tayar lebih besar dengan bunga berketul. Terus lulus untuk digunakan di jalan balak atau merentas sungai di dalam hutan.

Toyota Hilux Rogue

 

Toyota Hilux Rouge

 

Varian ini tampil sederhana tetapi masih lagi menyerlah. Ia dilengkapi dengan beberapa perubahan kosmetik seperti imej depan yang lebih agresif dan lebar susulan penggunaan jeriji dan bampar baharu selain lampu kabus.

Hilux Rogue ini lebih kelihatan urban berbanding Rugged X dan siap didatangkan dengan penutup kargo andai kata anda seorang pengusaha butik yang takut bahan jualan basah dilanda hujan.

Selain itu, bampar depan Hilux Rouge ini benar-benar bergaya bak kereta sport. Jadinya, jika parkir valet di Pavilion sebelah menyebelah dengan kereta sport pun tiada masalah. 

Untuk makluman, kesemua komponen baharu pada ketiga-tiga varian ini walaupun sekadar aksesori namun ia dibangunkan mengikut Syarat Reka Bentuk Australia untuk dihomologasi dengan jaminan waranti penuh.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…