Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk dengan betul, dan boleh mengakibatkan komponen tersebut berubah bentuk dan berupaya menghentikan terus operasi pam bahan api.
Honda akan memanggil semua pemilik kenderaan yang terjejas secara berperingkat, disebabkan pengeluar tersebut tidak mempunyai stok alat ganti yang mencukupi.
Ini merupakan kempen panggil semula yang terbesar diumumkan oleh Honda pada tahun 2023, melibatkan pelbagai jenis model tahun 2017 hingga 2020 termasuklah Acura NSX, Honda Civic Type R, Honda CR-V dan juga Honda Ridgeline.