2.5 Juta rakyat Britain salah guna parkir OKU!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pernahkah anda memandu di parkir pusat membeli-belah atau hentian rawat dan rehat dan kemudian terlintas untuk parkir di slot orang kelainan upaya (OKU)?

Kadang-kadang slot kosong tersebut boleh menjadi godaan teragung terutama sekali selepas berbelas kali berpusing di tempat sama mencari parkir.

Dan jika ada yang berpendapat bahawa mereka yang tewas ini mempunyai mentaliti dunia ketiga, ketahuilah bahawa kes sedemikian turut berlaku di negara maju.

Dari satu kajian yang dilakukan oleh portal parkir dalam talian YourParkingSpace.co.uk, terdapat lebih dari 2.5 juta warga Britain yang menyalah guna slot parkir OKU.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di antara alasan biasa yang diberikan ialah:

  • Nak cepat
  • Mereka fikir tiada siapa pun akan perasan
  • Mereka tidak peduli
  • Mereka merasakan parkir OKU tidak patut wujud 

Manakala alasan paling popular ialah mereka tidak perasan bahawa slot tersebut adalah parkir OKU dan dengan itu papan tanda yang lebih besar dan jelas mungkin diperlukan di banyak tempat.

Kajian ini juga mendapati bahawa mungkin terdapat lebih ramai yang tidak mengaku dalam menyalah guna parkir di mana dua pertiga responden mengatakan orang lain pun turut membuat perkara sama.

Walaubagaimanapun, di satu sisi positif lebih dari satu pertiga warga Britain akan menegur mereka yang menyalah gunakan parkir OKU.

Pengarah Urusan YourParkingSpace.co.uk, Harrison Woods berkata, "Adalah mengejutkan untuk mengetahui bahawa ada sejumlah besar warga Britain yang percaya tidak menjadi kesalahan meletak kereta di parkir kurang upaya apabila mereka tidak mempunyai hak. 

Bukan sahaja ini boleh membawa kepada denda tetapi ia juga sangat tidak prihatin kepada pemandu yang kurang upaya yang mungkin terpaksa meletak di tempat lain jika ruang itu telah diambil."

Responden mahu hukuman lebih keras

Selain itu responden juga mahukan penalti kewangan yang lebih keras termasuk menaikkan denda maksimum kepada GBP 5,000 kepada pesalah guna parkir.

Hampir seperempat daripada mereka yang ditinjau menginginkan hukuman tambahan tiga poin penalti pada lesen memandu, sementara lebih daripada 1 dalam 10 menyokong idea denda khidmat komuniti.

Terdapat juga sokongan kuat untuk pesalah dihantar ke kursus kesedaran kelainan upaya dengan sokongan dari hampir satu pertiga responden manakala lima peratus responden mahu penalti larangan memandu selama 3 bulan atau ke bawah.

Rancang perjalanan

Harrison Woods turut mencadangkan untuk mengelak masalah ini dengan merancang perjalanan, "Satu lagi alasan yang diberikan oleh pesalah adalah bahawa parkir OKU adalah satu-satunya ruang yang ada.

Pemandu yang merasakan bahawa ini adalah alasan yang wajar harus merancang lebih awal supaya mereka tidak meletak tempat di tempat yang dikhaskan untuk OKU ini." 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Melalui laman web dan aplikasi yang disediakan, pengguna boleh menempah parkir manakala pemilik…
Berita Global
  Kajian tersebut mendapati majoriti responden warga Britain mahu tabiat parkir di atas persiar…
Berita Global
Tidak sangka ada yang membuat tinjauan mengenai meletak kereta dan itulah yang dibuat oleh …