2030: Gojek akan guna 100% motosikal elektrik sahaja

oleh HEZERI SAMSURI|
Operator perkhidmatan seru-tunggang (ride-hailing) nombor satu Indonesia, Gojek akan menggantikan kesemua motosikalnya kepada jenis elektrik menjelang tahun 2030.

Syarikat itu yang mempunyai lebih dari dua juta penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan tersebut juga akan meningkatkan pembelian motosikal elektrik melalui Electrum, sebuah syarikat pengeluar motosikal elektrik yang dimiliki oleh Gojek dan rakan kongsinya dari Taiwan, Gogoro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Electrum telah memulakan pembinaan kilang pemasangan motosikal elektrik pada bulan Jun lalu di Jawa Barat dan ia bakal menghasilkan 250,000 unit motosikal setahun.

Tren yang sama juga dilihat di Singapura di mana Grab akan mempromosikan penggunaan motosikal elektrik di sana demi mencapai sasaran penghasilan karbon dioksida sifar menjelang tahun 2040 oleh negara republik tersebut.

Grab Thailand juga merancang untuk meningkatkan nisbah motosikal dan kereta elektrik milik mereka kepada 10 peratus menjelang tahun 2026.

Di Malaysia, Grab menggalakkan 80,000 penunggang motosikalnya untuk menukar motosikal berenjin petrol mereka kepada skuter eletrik BlueShark dari China yang dipasang oleh EP Manufacturing, sebuah syarikat penghasil komponen automotif tempatan.

Menurut laporan Nikkei Asia, penggunaan motosikal elektrik di negara-negara Asia Tenggara dijangka tidak akan meningkatkan kos operator seru tunggang kerana harga elektrik di rantau ini yang lebih murah berbanding dengan negara maju.

Laporan penuh di Nikkei Asia.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di China, Didi Chuxing mendominasi aplikasi e-hailing dengan rekod pendaftaran pengguna seramai 217…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato' Dr Zahari Husin berkata, “Kami dengan…
Berita Global
Grab, perkhidmatan e-hailing yang berasal dari Malaysia dan kini popular di seluruh Asia Tenggara…