Siapa tak kenal Hot Wheels, mainan kereta yang digilai bukan sahaja oleh anak-anak, tetapi bapa-bapanya sekali.
Hot Wheels juga antara penyebab negara Malaysia terkenal kerana kebanyakan mainan itu dibuat di kilang Mattel di Pulau Pinang dan dieksport ke seluruh dunia.
Tahun ini Hot Wheels menyambut ulang tahunnya yang ke 50 dan majalah automotif Car and Driver telah menemuramah Bruce Pascal, antara peminat model kereta Hot Wheels terkemuka di US dengan lebih dari 3,500 buah model mainan itu di dalam koleksinya.
Di bawah ialah 20 model Hot Wheels yang menurut Bruce, antara yang termahal di dunia kerana status "rare" mereka.
19. 1974 Magenta Rodger Dodger dengan kemasan dalaman warna putih - US$2,500 (RM10,450)
Dikeluarkan pertama kalinya dalam tahun 1974, kebanyakan model Rodger Dodger datang dengan kabin berwarna hitam. Jika anda memiliki kemasan dalam dengan warna putih seperti di dalam gambar di atas, itu memang "rare".
18. 1968 Brown Custom Camaro - US$3000 (RM12,543)
Model Camaro tidak asing lagi dengan Hot Wheels tetapi Camaro warna coklat dengan kabin warna putih dari siri Sweet Sixteen ini adalah yang sangat jarang ditemui. Ada pengumpul yang mendakwa model ini hanya digunakan untuk dipamerkan di kedai sahaja.
17. 1968 White Custom Camaro - US$3000 (RM12,543)
Model Camaro putih Enamel ini dipercayai model Hot Wheels pertama yang diambil terus dari lukisan pereka dan terus ke kilang pengeluaran. Ia digunakan sebagai prototaip tetapi kesilapan di bahagian pengeluaran menyebabkan ada yang termasuk ke dalam kotak dan dihantar ke kedai untuk dijual.
11. 1968 Pink Beatnik Bandit - US$5000 (RM20,905)
Model 1968 Beatnik Bandit ini adalah salah satu dari siri pertama Sixteen Hot Wheels dalam tahun 1968. Ia diasaskan oleh kereta Rat Fink yang direka oleh Ed Big Daddy Roth.
Ia sebenarnya datang dalam 18 warna tetapi warna ultra-pink ini sangat "rare".
9. 1971 Spectraflace Purpe Bye Focal - US$6000 (RM25,086)
Warna ungu ini memang yang paling jarang dijumpai dalam siri warna Bye Focal oleh Mattel. Bukan setakat warna ia jarang dijumpai, model ini juga sering mengalami masalah "crumbling" di mana badannya retak dan keseluruhan kereta hancur.
Yang mana tak hancur, memang "rare".
8. 1969 Cheetah Base with Python Body - US$6000 (RM25,806)
Model Hot Wheels Python memang popular tetapi nama kod pertamanya ialah Cheetah.
Sebelum keputusan dilakukan untuk menukarkan namanya ke Python, beberapa prototaip Cheetah terlepas keluar.
Hanya wujud dalam warna merah, Cheetah ini jauh lebih berharga dari spesis harimau Cheetah sebenar.
3. 1969 Mad Maverick Base on Might Maverick - US$15,000 (RM62,715)
Model ini popular tetapi hanya beberapa unit sahaja yang datang dengan nama "Mad Maverick" pada bahagian bawah mainan ini. Ia sebenarnya ditukar ke Might Maverick kerana nama Mad Maverick telah digunakan oleh Johnny Lightning, satu lagi pengeluar mainan dari US.
1. 1969 Pink, Rear-Loading Beach Bomb - US$150,000 (RM627,150)
Mungkin anda tertanya apa istimewanya van merah jambu VW dengan papan luncur air di belakang ini.
Unit ini ialah unit prototaip dan tidak dijadikan model pengeluaran kerana papan luncur itu disumbatkan di belakang menyebabkan ia berat di atas dan mudah terbalik.
Hanya dua model ini dalam warna pink yang wujud. Dua unit sahaja!