150 prototaip musnah semasa pembangunan Jaguar E-Pace

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan mudah untuk membuat sebuah kenderaan premium, lebih-lebih lagi bila keselamatan diutamakan.

Jaguar diberitakan telah memusnahkan sebanyak 150 buah prototaip SUV yang bakal mereka lancarkan minggu hadapan, E-Pace dalam penyelidikan dan ujian ke atas model tersebut.

Jaguar sudah menguji SUV kompak itu selama 120,000 jam di atas jalanraya umum di serata dunia dan ia juga telah menamatkan pusingan di litar Nurburgring sebanyak 400 pusingan.

Jurutera Jaguar juga telah menguji ketahanan E-Pace ini (hybrid) dengan meninggalkan E-Pace di dalam air sedalam 50 cm selama sejam (air masuk ke kabin) dan ia masih boleh dipandu selepas itu tanpa masalah.

Jaguar E-Pace ini akan bertarung di dalam segmen yang sama dengan BMW X1 dan Audi Q3 serta Mercedes-Benz GLA. i

E-Pace ini juga bukti bahawa di bawah Tata, Jaguar benar-benar maju ke hadapan. 

 

Jaguar E-pace


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Unit bateri daripada model prototaip I-Pace telah dikeluarkan dan digunakan kembali untuk mencipta…