150 buah jentera CFRT pemasangan tempatan bernilai RM147 juta jadi aset baharu bomba

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Dagang News
Sebanyak 150 buah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) menjadi aset baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menggandaan kecekapan sedia ada.

Pembelian kenderaan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM147 juta yang dibelanjakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan setelah diluluskan kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenderaan jenis ini sesuai digunakan di kaasan sukar dilalui kenderaan besar seperti lokasi terpencil dan laluan sempit berbanding jentera bomba biasa.

Spesifikasi jentera ini ditetapkan oleh JBPM berdasarkan keperluan semasa.

Ia juga boleh bertindak selaku jentera yang memberikan respons awal di lokasi sebelum mendapat bantuan dari aset lain.

Jentera CFRT yang boleh membawa lima angota bomba ini dilengkapi dengan kelengkapan bagi bantuan kecemasan termasuk kebakaran seperti pam air bertekanan tinggi serta lain-lain alatan.

 

2

Kenderaan pemasangan tempatan sepenuhnya ini menggunakan kerangka jentera Hino 300 Series Pro deng enjin Euro-3 diesel turbo dengan berat kira-kira 5 tan.

Sebahagian daripada jentera ini telah pun diserahkan kepada beberapa balai bomba secara berperingkat-peringkat.

Ini termasuklah di kawasan luar bandar dan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak.

Difahamkan ketka ini terdapat kira-kira 324 buah balai bomba di seluruh negara.

Kementerian Kewangan pada Sepember 2022 telah meluluskan perolehan aset jentera dan pembangunan projek bagi JBPM membabitkan jumlah keseluruhan RM291.4 juta.

Perbelanjaan ini termasuk pembelian 150 jentera CFRT tersebut.

Kontrak pembelian kenderaan CFRT ini kemudiannya dianugerahkan kepada pengeluar kenderaan pemadam kebakaran dan keselamatan, CME Corp Bhd melalui anak syarikatnya, CME Edaran Sdn Bhd.

Pembekalan 150 unit CFRT ini lengkap dengan kelengkapan dan aksesori kepada JBPM dalam tempoh 72 bulan.

Perolehan itu adalah bukti kesungguhan dan iltizam kerajaan bagi memperkasa dan memperkukuhkan aset serta kemudahan JBPM.

 

DagangNews

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Kejadian disedari kapten bas yang melihat asap dari bahagian belakang bas sebelum memberhentikan…