14 fakta mengenai Wörthersee Treffen - salah satu acara kenderaan bikin terbaik dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
Bagi peminat tegar kenderaan modifikasi Eropah, acara Wörthersee Treffen di Austria memang akan berada di dalam kamus mereka. Ia mengumpulan kereta-kereta modifikasi terbaik Eropah, dan kini ia dihadiri oleh peminat automotif di seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Golf worthersee

 

Untuk peminat Malaysia yang lebih ke arah kenderaan Jepun, acara Wörthersee Treffen memang tidak begitu diketahui.

Careta yang berada di Austria untuk mengikuti acara tersebut buat kali pertama terasa sangat-sangat teruja dengan mutu kenderaan modifikasi yang dipamerkan.

Namun begitu, sebelum kita melihat lebih lanjut akan pameran tersebut, apa kata kita pelajari dahulu apa dia sejarah Wörthersee Treffen.

 

 

1. Wörthersee Treffen bermaksud Perjumpaan di Wörthersee. Ia diadakan setiap tahun di pekan Verden, di pinggir Tasik Wörthersee.

2. Ia bermula 36 tahun dahulu bila sekelompok fan-boy Volkswagen berkumpul di sebuah hotel di Reifnitz, sebuah pekan di pinggir tasik Wörthersee.

 

 

3. Acara rasmi Wörthersee Treffen ialah selama seminggu, tetapi peminat-peminat boleh berkumpul selama antara empat ke lapan minggu!

4. Lebih dari 200,000 peminat akan berkumpul di Wörthersee Treffen setiap tahun sekarang, dan ramai yang memandu kenderaan masing-masing untuk dipertontonkan.

5. Acara utama Wörthersee Treffen ditaja oleh Volkswagen sendiri tetapi dianjurkan kini oleh kerajaan tempatan kerana ia menarik ribuan pelancong.

 

 

6. Cara sebutan Wörthersee ialah Wo-Ther-Zay dan orang German menyebut GTI sebagai Gay-Tee-Eee.

7. Wörthersee Treffen juga akan melihat Volkswagen mempersembahkan konsep-konsep produk terbaharu mereka. Tahun lalu, Volkswagen menarik tirai untuk varian VW Up! GTI dan untuk tahun ini, konsep varian terbaharu Golf GTI TCR dipertontonkan.

8. Festival Wörthersee tidak hanya khusus kepada kenderaan Volkswagen, tetapi 90 peratus kenderaan yang hadir ialah dari jenama VW dan jenama-jenama lain di bawahnya seperti Audi, Seat, Skoda dan Lamborghini. Ada juga BMW, Mercedes dan Nissan GTR yang hadir, juga kereta-kereta klasik yang unik.

 

 

9. Seperti tahun lalu, akan ada satu pentas di mana jurutera dan mekanik sedang memasang varian terbaharu kereta yang dilancarkan di Wörthersee. 

10. Antara selebriti yang pernah hadir di Wörthersee ialah Niki Lauda dan Ferdinand Piech.

11. Untuk membuktikan keakraban antara syarikat Volkswagen dan Wörthersee, Austria, sebuah tugu berbentuk kereta Volkswagen Golf yang diukir dari sebuah blok batu granit diletakan di kawasan utama acara itu.

 

 

12. Seperti perkumpulan kenderaan-kenderaan modifikasi yang lain, barisan kenderaan akan dipandu keliling pekan dan ramai pengunjung akan duduk di tepi jalanraya untuk melihat "pameran" kenderaan-kenderaan bikin itu.

13. Insiden-insiden nakal juga wujud, seperti pengunjung mabuk, wanita menari dalam keadaan yang miskin pakaian serta pemandu yang melakukan burn-outs di jalan awam tetapi sejak kebelakangan ini, sudah dikawal baik oleh pihak polis.

 

 

14. Jualan barangan aksesori turut wujud, dengan penaja-penaja besar seperti Kumpulan Volkswagen, roda aloi BBS, roda aloi DOTZ, pakar modifikasi TA Technix dan VW Speed serta Toyo Tires.

 

Careta akan menghasilkan beberapa artikel bersiri mengenai pengembaraan Careta bersama Volkswagen di Austria dan juga di tanah tumpah darah jenama itu, Wolfsburg.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…