14 detik sejarah Kawasaki yang ramai tidak tahu

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebut Kawasaki dan orang Malaysia akan terbayangkan barisan motosikal kuasa tinggi.

Memang Kawasaki lebih popular dengan jentera superbike mereka kerana di Malaysia, itulah yang paling banyak dipasarkan dan memang produk Kawasaki adalah antara superbike terbaik di pasaran.

Namun begitu, sejarah Kawasaki dalam bidang bukan berkaitan motosikal tidak ramai yang tahu dan di sini, Careta kongsikan sedikit peristiwa-peristiwa penting syarikat gergasi itu.

 

 


1878 - Shozo Kawasaki (gambar di atas), pengasas syarikat Kawasaki membuka syarikat Kawasaki Tsukiji Shipyard di Tokyo.

1897 - Ia melancarkan kapal kargo/penumpang Iyomaru.

1906 - Kawasaki membina kapal selam pertama Jepun (gambar bawah).

 

1908 - Kawasaki membina kapal perang bersaiz besar pertama yang dibuat oleh syarikat persendirian dari Jepun. Nama kapal tersebut ialah Yodo.

 

1911 - Kawasaki menghasilkan kepala keretapi mereka yang pertama (gambar atas). Kawasaki akhirnya membina sebanyak 3,273 kepala keretapi berkuasa stim dan menjadi peneraju utama industri keretapi Jepun.

1922 - Menghasilkan kapal-terbang pertama Kawasaki, Type Otsu 1.

 

rokkogo bas

 

1933 - Mula menghasilkan trak dan bas jenama Rokkogo (penghasilan kenderaan Kawasaki terhenti kerana perang pada tahun 1942 tetapi jepun tetap menganggap Kawasaki sebagai pencetus industri automotif negara itu).

 

1941 - Mula menghasilkan kapal-terbang pejuang 3-1 Hien. Ia adalah kapal-terbang pejuang Jepun pertama yang menggunakan enjin sejukan cecair dan mempunyai kelajuan maksimum 610 kmsj serta mampu terbang pada ketinggian 10,000 meter.

1952 - Memulakan pemasangan helikopter Bell 47D di Jepun.

 

1962 - Kawasaki menghasilkan helikopter mereka sendiri - KH-4 (gambar atas). 

1969 - Kawasaki Dockyard, Kawasaki Rolling Stock Manufacturing dan Kawasaki Aircraft akhirnya digabungkan kesemuanya menjadi Kawasaki Heavy Industries Ltd.

1969 - Mencipta robot industri pertama Jepun - Kawasaki-Unimate 2000.

 

1973 - Jet Ski Kawasaki pertama, model JS400 mula dijual.

1981 - Kenderaan ATV pertama Kawasaki, KLT200-A dihasilkan dan mula dijual (gambar di bawah).

 

 

Dan nanti, kami akan hasilkan sejarah lengkap jenama Kawasaki dalam dunia motosikal.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…