13 bandar yang mula haramkan kenderaan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Minggu lalu, mahkamah tertinggi negara Jerman telah bersetuju untuk membenarkan bandar-bandar mengharamkan kenderaan dari menggunakan beberapa jalanraya demi untuk memperbaiki kualiti udara.

Dua bandar yang bakal memulakan agenda pengharaman kenderaan dari beberapa jalanraya mereka ialah Stuttgart (bandar di mana ibupejabat Mercedes-Benz dan Porsche ditempatkan) dan Dusseldorf.

Sebenarnya, bukan hanya bandar-bandar di Jerman sahaja yang telah memulakan pengharaman kenderaan itu, Ada 13 lagi bandaraya yang telah memulakan kempen tersebut.

 

 

Oslo, Norway.
Bandaraya Oslo telah mengumumkan akan mengharamkan kesemua kenderaan dari pusat bandar itu dalam tahun 2019. 
Oslo telah melaburkan jutaan Euro untuk menggantikan 35 batu jalanraya untuk kenderaan kepada hanya untuk basikal sahaja.
Tindakan itu mendapat sokongan dari kumpulan pro basikal dan anti kenderaan. 
Harap mereka datang ke Malaysia dan kita lihat mereka berbasikal dari KLCC ke Sunway pada jam 12 tengahari.
Jangan beri mereka guna Rexona.

 

 

Madrid, Sepanyol.
Madrid bercadang untuk mengharamkan kenderaan dari seluruh 500 ekar kawasan pusat bandarnya menjelang tahun 2020.
Bandaraya modern itu sedang merangka jalan-jalannya untuk dijadikan laluan pejalan kaki sahaja.
Ia adalah antara perancangan mobiliti lestari (Sustainable Mobility Plan) yang mensasarkan oengurangan penggunaan kereta secara harian dari 29 peratus kepada 23 peratus.
Pemandu yang tidak menghiraukan undang-undang ini akan di denda sekurang-kurangnya US$100 dan kenderaan yang paling mencemarkan (enjin lama, enjin berkapasiti besar dan enjin kurang modern) akan membayar lebih untuk parkir.

 

 

Chengdu, China.
Bandaraya ini menggunakan khidmat dua arkitek dari Chicago, US, Adrian Smith dan Gordon Gill untuk menghasilkan rekabentuk kawasan perumahan baharu di Chengdu.
Pelan kawasan itu akan memastikan bahawa ia adalah lebih mudah untuk berjalan dari memandu, dan semua orang boleh berjalan ke mana-mana kawasan di situ dalam lingkungan 15 minit sahaja.
Chengdu tidak akan mengharamkan tetus kenderaan tetapi separuh dari jalanraya di dalam bandar itu ashaja yang akan membenarkan kenderaan.
Sasaran pertama mereka ialah tahun 2020 tetapi masalah dalam perebutan zon kawasan melewatkan objektif itu.

 

 

Hamburg, Jerman.
Dalam masa 20 tahun lagi, Hamburg akan menurunkan jumlah kenderaan dengan cara hanya membenarkan pejalan kaki dan penunggang basikal untuk masuk ke beberapa kawasan khusus di dalam bandar tersebut.
Projek "rangkaian hijau" ini membolehkan penduduk pergi ke mana-mana kawasan itu tanpa perlu menggunakan kenderaan dan menjelang 2035, rangkaian itu akan meliputi lebih dari 40 peratus bandaraya Hamburg.
Ini termasuk taman-taman, kawasan permainan kanak-kanak, padang permainan dan ya, kubur.

 

 

Copenhagen, Denmark.
Hari ini, lebih dari separuh penduduk Copenhagen mengayuh basikal ke tempat kerja, setiap hari dan kerana itu, Copenhagen dinobat sebagai bandar paling mesra basikal di dunia.
Ini ialah kerana bandaraya itu telah mula memperkenalkan laluan-laluan pejalan kaki dan basikal sahaja sejak tahun 1960-an.
Sekarang ini, bandar itu mempunyai jaringan laluan sikal sejauh lebih dari 200 batu dan Copenhagen ialah bandar yang paling rendah peratusan pemilikan kenderaan di Eropah.
Sasaran baharu bandaraya basikal ini ialah untuk membina sebuah lebuhraya super untuk basikal supaya ia boleh merangkumi kawasan-kawasan di sekitar pinggiran bandar.
Copenhagen berhasrat untuk menjadi bandar neutral karbon dalam tahun 2025.

 

 

Paris, Perancis.
Bandaraya romantik Paris akan mengharamkan kenderaan diesel dan meningkatkan jumlah laluan sikal.
Bila Paris memulakan program mengharamkan kenderaan dengan nombor plet genap selama sehari dalam tahun 2014, jumlah pencemaran turun 30 peratus.
Sebenarnya, bermula Julai 2016, semua kenderaan yang dibuat sebelum tahun 1997 tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar pada hari bekerja. Jika engkar, denda akan dikenakan.
Datuk bandar Paris berkata ia bercadang untuk menggandakan laluan sikal dan menghadkan sesetengah laluan khusus untuk kenderaan elektrik sahaja.

 

 

London, UK.
Seperti Paris, London juga akan mengharamkan kenderaan diesel pada tahun 2020.
Buat masa kini,pihak bandaraya London mengenakan bayaran tol kesesakan sebanyak US$12.50 (RM48.90) untuk kenderaan diesel yang masuk ke sesetengah kawasan di dalam kota London ketika waktu puncak.
Kerajaan Britain telah mengumumkan bahawa jualan kenderaan diesel dan petrol akan diharamkan mulai tahun 2040.

 

Brussels, Belgium
Brussels adalah bandaraya yang kedua di dunia memiliki kawasan bebas kenderaan, di belakang Coppenhagen yang berada di tempat pertama.
Mulai tahun 2002 lagi sebenarnya, Brussels sudah mula berkempen untuk penduduknya menggunakan kenderaan pengangkutan awam dan bukan kenderaan persendirian.
Kenderaan diharamkan dari memasuki kawasan pusat bandarnya selama sehari di dalam bulan September.
Bulan Januari lalu, ia mengharamkan kenderaan diesel yang dibuat sebelum tahun 1998.

 

 

Berlin, Jerman.
Berlin telah mewujudkan zon pelepasan asap rendah dan menghalangkan kenderaan petrol dan diesel dari masuk ke kawasan pusat bandar seluas 34 batu persegi.
Ia memberi kesan impak kepada sekurang-kurangnya satu pertiga dari penduduk bandaraya itu.
Hujung tahun 2017, Berlin mula membina 12 lebuhraya khusus untuk basikal sahaja.

 

 

Mexico City, Mexico.
Mulai April 2016, majlis bandaraya Mexico City telah mengumumkan sistem giliran (mengikut nombor plet) untuk menghalang kemasukan kenderaan ke pusat bandar selama dua hari bekerja seminggu dan dua Sabtu setiap bulan.
Polisi itu memberi kesan terhadap lebih kurang dua juta kenderaan dan terus membaiki mutu udara bandar itu.

 

 

Bogota, Colombia.
Sepanjang 75 batu dari jalan-jalanraya di bandar Bogota ditutup satu hari di dalam seminggu.
Tradisi itu bermula sejak tahun 1974 dan dinamalan Ciclovia.
Bogota sekarang ini mempunyai lebih dari 200 batu laluan sikal.
Dalam tahun 2013, ia mengharamkan kenderaan mengikut putaran nombor plet kenderaan dari masuk ke pusat bandar pada wakut puncak.

 

 

San Franscisco, California.
Bulan Ogos tahun 2017, San Francisco mengumumkan perancangan untuk mengharamkan kenderaan dan menambahkan lagi laluan sikalnya.
Sekarang ini, ada 125 batu laluan sikal dan bandar itu akan menghalang kenderaan dan menambah laluan sikal di Market Street, jalan utama bandaraya tersebut.

Jika kita amati, memang kebanyakan bandara-bandar tersebut sudah dari awal lagi membina laluan sikal. Lorong dan laluan untuk basikal adalah luas dan kebanyakannya terasing dari jalanraya lain.

Selain dari itu, mereka mengadakan hari-hari yang diharamkan kenderaan dari memasukinya.

Kita berdoa agar tidak ada lagi menteri yang melihat idea laluan sikal di Eropah dan terus mahu mengaplikasikan idea itu di Kuala Lumpur, tanpa membuat sebarang kajian terlebih dahulu.