1.2 juta kenderaan diservis di Proton 

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Transformasi Proton nampaknya semakin menjadi, dan antara fokus aktiviti tersebut ialah peningkatan mutu kerja di pusat servis Proton.

Sebanyak 1.2 juta kenderaan di servis di Proton pada tahun ini, dan ia menunjukan pertambahan yang menarik, kata Timbalan Presiden Bahagian Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa.

“Peningkatan ini satu berita gembira untuk kami dan juga membuka peluang pada Proton dan warga proton untuk membuktikan mutu perkhidmatan kami meningkat.”

“Ini masanya untuk kami tunjukan yang kami sudah berubah,” kata Rashid.

Rashid kemudian menyambung bahawa pakej promosi Amazing 5 yang menawarkan waranti selama lima tahun dan servis percuma lima tahun (upah dan alatganti - anda datang berlenggang ke pusat servis) membantu menaikan jualan.

Promosi tersebut hanyalah untuk waktu terhad dan Rashid tidak memberitahu bila ia akan berakhir. Menurutnya lagi, ramai yang mengambil pakej itu dan tidak memilih rebate tunai untuk menurunkan wang pendahuluan.

“Ini bukti Proton sudah semakin diterima oleh pelanggan-pelanggang yang lebih mampu. Golongan itu nampaknya sudah mula menghargai kepentingan keselamatan untuk kenderaan keluarga mereka,” sambung Rashid.

Proton mempunyai seramai 2,800 eksekutif jualan dan mereka sekarang sedang dilatih untuk memberikan kebolehan menerangkan dengan lebih lanjut teknologi keselamatan yang tinggi pada produk-produk Proton.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…