10,000 tempahan untuk Bollinger B1 Elektrik!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dunia semakin ke arah kenderaan elektrik atau EV dan sekiranya Lara Croft masih mahu meneruskan misi-misi bahaya beliau, Cik Croft perlu membuang Land Rover Devender lagenda beliau dan diganti dengan Bollinger B1, kenderaan SUV elektrik sepenuhnya.

Bollinger Motor ialah sebuah syarikat automotif yang berpengkalan di New York dan B1 ialah produk pertama mereka.

Bollinger B1 mempunyai dua motor elektrik di depan dan di belakang dan mempunyai agihan berat yang seimbang, 50:50.

Ia menggunakan sistem pacuan 4-roda sepenuh masa (sama seperti Land Rover) dan untuk memastikan ia lasak, platform aluminium dengan besi low-alloy (HSLA) untuk palang rollover digunakan.

Sistem gantungan penumatik bolehlaras memastikan setiap tayar berada di permukaan tanah dan setiap roda mempunyai pergerakan 10 inci ke atas dan ke bawah.

Oleh kerana bateri dan motor elektrik berada di antara tetulang rangka itu, B1 ini mempunyai tempat kargo yang luas dan unik.

Anda boleh meletakkan batang kayu dari hadapan sehingga terjulur ke belakang.

Tenaga EV yang dihasilkan ialah 360 hp dan 640 Nm, sangat menarik. 

Pecutan 0-96 kmph boleh dilakukan dalam 4.5 saat sementara halaju maksimum ialah 204 kmsj.

Tempoh mengecaj sehingga 60 kWh ialah 45 minit jika menggunakan sistem fast-charging, atau 7.3 jam jika menggunakan soket biasa. 

Untuk mengecaj dengan kuasa lebih tinggi, iaitu 100 kWh, ia akan mengambil masa 75 minit dengan sistem fast-charging atau 12.1 jam jika menggunakan soket biasa.

Sejak konsepnya dipertontonkan kepada dunia Julai lalu, sudah lebih 10,000 orang memesan B1 ini.

Untuk memesan unit anda pula, sila hubungi Bollinger di www.bollingermotors.com/reserve    

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…