10 sebab kenapa anda harus ke Art of Speed 2017

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pameran custom kenderaan terulung negara, Art of Speed dibuka secara rasmi hari ini di tapak pameran MAEPS di Serdang, Selangor.

Menampikan hasil custom dari seluruh pelusuk negara dan juga dari luar negara, Art of Speed 2017 (AOS 2017) ini dilihat yang paling besar pernah diadakan sejak diperkenalkan enam tahun lalu.

Memenuhi dua dewan pameran besar, kawasan luar dewan dan tiga tapak parkir yang mengandungi kawasan tunggang uji motosikal baharu, kawasan stunt dan tempat food truck serta gerai-gerai jualan, AOS 2017 nyata berjaya mencuri tumpuan ramai.

Antara tumpuan pengunjung yang Careta lihat hari ini ialah:

1. Pameran motosikal custom tajaan Boon Siew  Honda

AOS 1


Lima buah motosikal dari model MSX dan EX-5 yang dimodifikasi oleh customiser tempatan memang menarik dan sangat unik! Turut ada di situ ialah model Honda Rebel 500 yang baharu dilancarkan.

 

2. Sesi tunggang uji Kawasaki

AOS 2

 

Jarang benar motosikal berkuasa tinggi diberi peluang menunggang uji tetapi Kawasaki yakin peluang ini akan mencuri minat ramai. Diadakan di ruang parkir di bawah, anda boleh menunggang uji model-model seperti Versys 650, Z900, Z650, Ninja 650, Versys X 250, Vulcan S dan Z125. Jangan lupa bawa lesen memandu yang sah ya!

 

3. Model Scrambler baharu dari Ducati

AOS 4

 

Ducati melancarkan dua model Scrambler yang terbaharu dan keduanya bukan sahaja ranggi, tetapi mempunyai nilai-nilai penunggangan yang seronok seperti yang dikongsikan oleh wartawan-wartawan media lain yang dibawa ke luar negara untuk sesi tunggang uji. 

 

4. Ratusan kenderaan custom dan modified

AOS 5

 

Ini ialah punca utama kenapa ramai ke Art of Speed - deretan dan barisan kenderaan-kenderaan custom dari customiser tersohor negara dan luar negara.

Dari motosikal RB20 Batu pahat milik Acid Welding, ke hasil terbaharu Kenstomoto iaitu JU yang berdasarkan Kawasaki ZX10, puluhan motosikal cruiser dan Harley Davidson yang dicustom, Honda CB1000F dengan turbo sebesar tunggul kayu balak, kenderaan-kenderaan JDM seperti trak pikap Datsun lama, Toyota KE30 dan sebagainya, deretan kereta VW dan Mini dengan pelbagai gaya, semuanya ada untuk segala jenis minat!

 

5. Ribuan barangan untuk dijual

AOS 14

 

Bukan setakat t-Shirt, tetapi pelekat (sticker, bukan kain pelekat), topi, jaket, barangan kenderaan, alatganti, helmet, makanan, mainan, yang penting, sediakan duit sahaja! Dan barang-barang merchandise ini sangat rare ya.

 

6. Gerai Hotwheels yang mungkin guna khidmat bomoh

AOS 8

 

Ya, gerai Hotwheels tidak pernah susut dengan pembeli. Barisan untuk membayar beratur sentiasa panjang dan merka semuanya keluar dengan tangan penuh beg plastik berisi mainan koleksi HotWheels.

 

7. Market place dengan pelbagai barangan automotif

AOS9

 

Dari helmet-helmet terpakai, jaket terpakai, enjin terpakai, motosikal poket terpakai, semuanya ada. Malah, ada yang menjual talipinggang pun. Ada juga kedai perabot yang menjual perabot dari komponen enjin - menarik!

 

8. Stuntshow dari Boon Siew Honda

AOS 10

 

Di bahagian luar diadakan sesi stunt oleh para penunggang lagak ngeri/lagak mati/stunt riders Thailand, termasuk seorang wanita yang membuatkan penulis terus menyorok helmet tanda hormat. Motosikal digunakan ialah dari jenis Honda MSX dengan beberapa modifikasi untuk memudahkan stunt dilakukan.

 

9. Kunjungan VIP dari dalam dan luar negara

AOS 11

 

Antara kekuatan AOS ialah mereka berjaya memanggil nama-nama besar dalam dunia custom untuk hadir. Mereka ini datang dari Jepun, US, Singapura, Thailand dan Eropah. 
Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters turun setiap tahun, dan juga Daisuke Sakon dari Jepun antara dua nama gah yang sering disebut ramai.
VIP dari dalam negara juga turut hadir memeriahkan acara dan tahun ini. 

AOS 12

 

Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin (gambar atas), Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies tiba dengan Brabus G700 yang terus dikerumuni ramai. Juga turut hadir hari ini ialah Nora Danish yang mempromosikan jenama minuman.

 

10. Makanan dari segala jenis!

AOS 13


Walaupun AOS adalah acara automotif, manusia tetap manusia dan semua perlu makan. Tahun ini, berbelas food truck hadir untuk menawarkan pelbagai makanan dengan harga yang kompetitif. 

Di bawah dewan D juga ada gerai makanan panas seperti mee dan segala macam.

Jangan risau, ini Malaysia, insya Allah anda tak akan mati kebuluran. Sediakan duit dan nasihat kami, bawalah tisu dan tikar untuk duduk di atas lantai beramai-ramai. Seronok!!! 

Maaf kerana tadi terlalu sibuk makan, terlupa ambil gambar makanan tetapi gambar di atas ialah gambar meja kopi dari enjin boxer Subaru - adalah kaitan dengan makanan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut telah berlangsung di Dewan A Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) selama…
Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah…