10 pemandu cilik bakal berentap di Kejohanan X30 National Karting Series Litar Sepang

oleh Mohamad Hanif|
22 April 2018 yang lalu, pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengadakan sesi pemilihan calon pemandu yang akan bertanding di kejohanan X30 National Karting Series.

Sebanyak 20 orang calon pemandu berusia di antara lapan sehingga 12 tahun telah berentap selama dua hari di bawah pengawasan Alex Yoong, ketua unit Four Wheel Talent Development SIC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak sepuluh orang bakat muda telah dipilih untuk berlumba di bawah tajaan sepenuhnya oleh SIC dan berikut merupakan nama-nama pemandu muda berbakat itu:

  • Putera Alex Qiefli Esam
  • Putera Haikal Hakeem Halim
  • Aldrin Jiacheng Foo Cabiles
  • Putera Hani Imran Halim
  • Raja Ariff Raja Azmi
  • Sophia Zara Mustaffa Kamal
  • Nurul Auni Nasharuddin
  • Ahmad Mikhael Ahmad Shareza
  • Adam Harris Jeffry
  • Hendra Ade Putra Niko Ode Privanto

 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato' Razlan Razali, beliau amat amat berpuas hati dengan bakat muda yang ditunjukkan ketika pemilihan di Litar Antarabangsa Kart SIC hari tersebut.

"Dengan pengawasan dan bimbingan daripada Alex Yoong, kami berharap kesemua bakat muda ini mampu bersaing rapat di dalam musim pertama perlumbaan mereka dan maju setapak ke hadapan menuju ke peringkat yang lebih tinggi," tambah beliau. 

 


Menurut bekas pelumba Formula One dan pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong menjelaskan: "sememangnya masa dua hari yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi bagi memerhati bakat terpendam yang ada pada pelumba muda."

"Namun, saya berasa amat gembira melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh bakat-bakat muda ini, dan kami mengharapkan perkembangan yang positif ketika bekerja dengan pasukan professional semasa perlumbaan nanti," ujar beliau lagi. 

Kesemua pemandu muda yang terpilih bertanding di dalam Kategori Rookie pada kejuaraan X30 National Karting Series di SIC dan bakal berentap bersama pemandu-pemandu yang mempunyai keupayaan dan pengalaman yang hampir serupa. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kategori KZ2 merupakan kategori tertinggi dalam pelumbaan gokart dunia. Disebabkan litar itu tidak…
Sukan Bermotor
Amer yang kini berusia 19 tahun berjaya meningkatkan lagi namanya di peringkat antarabangsa melalui…
Berita Domestik
Amer,15,  mengungguli perlumbaan bagi kategori Rotax (Senior) menewaskan pencabarnya Yuki Mishima…