Pengusaha automotif di China memang sudah terkenal dengan sifat suka meniru jentera yang sudah berada di pasaran tanpa rasa segan silu. Dengan cara ini, tak hairanlah jika China mampu menawarkan harga kereta yang murah dan mampu milik kepada pengguna.
Di sini kami senaraikan antara kereta dari China yang telah meniru kereta jenama Antarabangsa:
1. Geely GE (klon Rolls Royce Phantom)
Jentera ini dijual pada harga bermula dari 200,000 hingga 300,000 yuan (RM128,740 hingga RM193,110).
2. Diablo VT (klon Lamborghini Diablo)
Jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 dengan turbo berkembar yang menghasilkan kuasa sehingga 450 hp.
3. Land Wind X 7 (klon Range Rover Evoque)
Jentera ini ditawarkan pada harga bermula dari 120,000 yuan (RM77,256). Ia dikuasakan oleh enjin 2.0L turbocharged empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 120 hp dan 250 Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau lapan kelajuan automatik.
4. Luxing Star (klon Mercedes Benz EQ-C)
Jentera ini dipacu oleh kuasa elektrik 72v dengan pecutan maksimum 45km/j. Ia mampu bergerak sejauh 150km dan lengkap dengan slot SD dan USB yang boleh memainkan video MP3 dan MP4 serta kamera undur belakang. Ia ditawarkan pada harga 22,000 yuan (RM14,135).
5. BYD T6 (klon Porsche Cayenne)
Jentera ini ditawarkan pada harga bermula dari RM154,546 dan dikuasakan oleh enjin 2.0L empat silinder.
6. Yooxia X (klon Tesla model S)
Jentera elektrik ini mampu bergerak dengan jarak maksimum 460 km dengan janaan kuasa sehingga 348 hp dan 440 Nm. Ianya dijual pada harga bermula dari 200,000 hingga 300,00 yuan (RM128,740 hingga RM193,110).
7. Lifan 320 (klon Mini Cooper)
Jentera ini dijual pada harga 39,800 yuan (RM25,619).
8. BAIC B80VJ (klon Mercedes-Benz G-Wagen, Jeep Grill)
Jentera ini direka untuk kegunaan tentera cina dan dijual pada harga 200,000 yuan (RM128,740). Ia dikuasakan oleh enjin 2.0L yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 122 hp dan dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan.
9. Longer Yuelang X1 (klon Range Rover Evoque)
Jentera ini merupakan kereta elektrik berkelajuan rendah. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 50 km/j dengan jarak 120 km. Harga yang ditawarkan adalah 28,000 yuan (RM18,023).
10. Huanghai Plutus (klon Chevrolet Colorado)
Bila anda lihat jentera ini, ada rupa seperti Colorado? Jentera ini sebenarnya dijual di Malaysia dengan harga sekitar RM61,930 bagi varian 4x2 dan RM70,930 bagi varian 4x4.
Dan satu lagi bonus buat anda, Eagle Carrie jelmaan Porsche Cayman