10 kabin kenderaan tercantik dunia 2017

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Wardsauto, kumpulan penerbitan automotif terkenal di US yang popular dengan anugerah-anugerah bertaraf dunia telah mengumumkan 10 kenderaan yang mempunyai kabin terbaik.

Pastinya kenderaan mewah akan tersenarai tetapi nampaknya hakim-hakim di Wardsauto lebih profesional dan turut memasukkan kenderaan-kenderaan lazim yang anda mampu beli sebagai pemenang.

Ini adalah tahun ketujuh anugerah kabin kenderaan tercantik dunia diadakan.

Di bawah ialah senarai pemenang tahun 2017, mengikut susunan huruf.

Alfa Giuila interior

 

Alfa Romeo Giulia - sememangnya Alfa Romeo mempunyai rekabentuk yang dramatik. Sayang sekali jenama ini sudah tiada di dalam negara.

 

Bentayga


Bentley Bentayga - antara SUV termewah di dunia, tetapi Bentayga menggunakan rekabentuk modern dan klasik yang digabungkan dengan jayanya.

 

Buick


Buick LaCrosse - model Amerika Syarikat ini memang sebuah jenama premium, dan kemenangan ini membuktikan bahawa syarikat domestik US sudah mula meningkatkan kualiti mereka. 

 

CRV door panel


Honda CR-V 2017 - baharu sahaja dilancarkan di Malaysia, kami di Careta sendiri merasakan kualiti dan rekabentuk serta bahan yang digunakan untuk kabin CR-V ini sangat menarik dan terasa mewahnya.

 

LS500


Lexus LC 500 - bakal dilancarkan di Malaysia, papan pemuka LS500 sememangnya lain dari model Lexus yang lain.

 

Lincoln


Lincoln Continental - memukau dunia dengan rekabentuk luaran Continental yang sangat menarik, sehinggakan ada yang mengolahnya untuk dijadikan ia sebagai "pengganti" Proton Perdana dan menyebarkannya di dalam internet. Seperti biasa, pembaca Facebook di Malaysia terus percaya tanpa langsung membuat kaji selidik.

 

levante


Maserati Levante ialah SUV mewah pertama dari Maserati. Sudah dilancarkan di sini oleh Kumpulan Naza, Levante memang mempunyai kabin yang elegan, mewah dan menampakan ciri-ciri organik.

 

CX9


Mazda CX-9 ialah satu-satunya model 7-tempat duduk di dalam senarai ini. Selepas bercerai dengan Ford Premier Group, Mazda mula menghasilkan model-model dengan kabin yang menarik. Sebelum itu, rekabentuk kabin Mazda membuat kami tertidur selepas lima minit duduk di dalamnya.

 

Mini interior


Mini Countryman sudah lama dijual di Malaysia dan ia antara model popular di kalangan penduduk urban kota.

 

subaru interior

 
Subaru Impreza baharu ini telah dilancarkan hujung tahun lalu tetapi tidak dijual di Malaysia. Namun begitu, jangan sedih kerana Subaru XV 2018 yang bakal dipasang di Malaysia pada hujung tahun ini menggunakan platform Impreza yang sama dan ruang kabin XV baharu tidak lari jauh dari ini! 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…