Apa Kata Chips?

Selamat datang Chips Yap!

on

Untuk mereka yang meminati subjek automotif, nama Chips Yap memang tidak asing lagi.
Chips sudah menulis mengenai bidang automotif selama 39 tahun, dan beliau bukan sahaja menulis mengenai model-model terbaharu, tetapi tentang pelbagai topik lain di dalam industri itu.
Dari segi kerjaya pula, Chips sudah menerbitkan tiga majalah permotoran di Malaysia, dan memegang pelbagai jawatan di dalam pelbagai syarikat penerbitan dan juga laman-laman web. Sekarang ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Pengarang (Managing Editor) untuk Motor Trader Malaysia.
Chips sudah memandu uji lebih dari 1,500 kenderaan baharu dan beliau lebih suka melihat dari sudut praktikal sesebuah model terbaharu itu kerana dia percaya itu yang lebih penting kepada ramai pembeli.
Bagi Careta, Chips merupakan salah seorang dari guru kami di dalam bidang kewartawanan permotoran ini. Kami sering membaca artikel beliau dan Chips ialah antara segelintir wartawan yang mampu menerangkan keadaan industri dalam bahasa yang ringkas dan mudah. Pengetahuan beliau tentang industri automotif negara sememangnya antara yang terbaik.
Amat merugikan sekiranya peminat automotif berbahasa Malaysia tidak dapat menghayati penulisan Chips dan kerana itu kami di Careta berbesar hati kerana Chips bersetuju untuk menulis di laman web Careta. Ini ialah satu perkembangan sangat positif untuk peminat automotif berbahasa Malaysia.
Selamat datang Chips Yap!

*Nantikan artikel pertama beliau esok di Careta.

Recommended for you

5 Comments

  1. anak kampung

    Apr 20, 2016 at 12:38 pm

    amanz.my satu laman untuk tech electronic..
    kadang2 drng ni tulis juga pasal kenderaan..
    kalau buat kerjasama dengan drng ni bagus juga..

  2. anon

    Apr 20, 2016 at 4:15 pm

    welcome chips yap!!!!
    tak sabar nak tunggu..

  3. mohd afirhan daud

    Apr 20, 2016 at 4:59 pm

    Welcome uncle Chips.

    Im your long time follower

  4. Pingback: Proton vs Perodua – CARETA

  5. Pingback: Kenapa adanya ‘Recall’? – CARETA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *