Bila Jee An Berleter

Volume 2 – Guna akal bila parking!

on

Salam. Hari tu Jee An baru jentik sikit je tapi sampai kat Tasik Cini terpelanting abang abang motor ni semua marah marah. Cuba lah bertabah sikit terima teguran tu. Siap kata Jee An benci mamat motor. Alahai.. Mak kata tak elok benci orang. Nanti kita jatuh sayang. Tak mau lah !

Kali ni Jee An nak cubit cubit sayang kawan kawan yang bawa kereta pulak. Pasal cara meletak kenderaan. Bahasa mudah, parking la kan (ikut bahasa jawa la). Kalau dulu, masa nak ambil lesen memandu, benda yang paling Jee An malas nak buat adalah cara cara nak parking kereta, Tergeliat leher dan tangan nak pandang tiang dan pusing stereng kereta. Masa tu tak nampak pun apa faedahnya. Tapi sekarang baru la tahu betapa bermanfaatnya ilmu tu – kalau semua orang menggunakankannya dengan betul.

Kenapa? Cuba tengok cara masing masing parking kereta sekarang? Ada tu .. lesen dah 800 kali diperbaharui tapi bila parking kereta .. aduhai … macam siput sedut baru dapat lesen L ! Nak parking tu cuba la tengok garisan sikit. Garisan tu warna kuning pun kan.. terang dan nyata. Awak bawak Myvi je pun. Bukannya lori pasir. Jadi tak payah lah nak guna sampai dua petak. Senget benget pulak tu. Lain lah kalau kawasan parking tu opah awak dah wariskan pada awak. Nak parking melintang 17 petak pun tak ada siapa yang nak marah la agaknya.

Lagi satu perangai yang sangat menjengkelkan tasik kesuma hati Jee An adalah bila orang suka sangat buat parking berlapis. Jee An faham. Faham sangat susah nak dapat parking. Tapi bila dah parking berlapis tu.. peka la sikit dengan keadaan sekeliling. Kalau dah dengar orang bunyikan hon dua tiga kali tu, cuba la jengok jengok sikit kereta sendiri. Jangan lah tunggu sampai dah bergegar alam maya bunyi hon, baru tergeh hegeh nak alihkan kereta.

Rasanya ramai yang masih ingat lagi kes pemandu lori melanggar kenderaan yang menghalang laluan baru-baru ni. Pada ketika itu tanduk Jee An pun terkeluar dan rasa nak salam peluk cium pemandu lori tu. Pernah juga rasa nak buat benda yang sama bila tengok kereta parking lintang pukang macam Manek Urai dilanda banjir dulu. Sangat faham perasaan pemandu lori tu. Memang la cara penyelesaian dia salah tapi Jee An rasa orang yang parking sesedap rasa tu Jee An boleh cakap sama je bersalahnya.

Kalau ya pun sayur kangkung kat rumah dah habis , isteri kat rumah mengamuk sebab tak ada benda nak masak, cuba la parking secara munasabah sikit. Tak kan la sampai depan gerai nak parking kan ? Parking jauh sikit apa ke salahnya. Boleh gak beriadah keluar peluh sikit, buang sikit lemak kat perut tu.. kan cik abang kan? Tak kan lari kangkung dikejar.

Itu belum masuk cerita parking depan rumah orang lagi kan. Kita kalau hidup berjiran memang la harus sentiasa bertegur sapa, bertanya khabar dan bertolak ansur. Sebaik baik jiran adalah apabila kita memperlakukan jiran seperti saudara sendiri. Tetapi, tak usah la buat perangai depan rumahmu adalah tempat meletak keretaku jua. Habis tuan rumah nak parking kereta dekat mana? Stadium Shah Alam? Pantang tengok ada ruang kosong kat depan pagar jiran, kat situ jugak la dia nak tenggekkan kereta dia. Susah la kalau macam ni kan?

Sebelum Jee An berhenti mengomel, nak tanya lah satu soalan. Pernah tak terjadi semasa sedang mencari parking, dari kejauhan nampak satu petak kosong. Sangat mengujakan. Dan kita pun terus memandu ke arah itu. Tetapi bila sampai sahaja ke petak tersebut, tu dia! Ada satu EX5 tahun 1999 comel je parking kat tengah tengah petak itu.

Huuuuuu!!! Motor oh motor…

Recommended for you

2 Comments

  1. afiq

    Jun 13, 2016 at 10:45 pm

    Perempuan menang tak reti parking

  2. afiq

    Jun 13, 2016 at 10:45 pm

    Perempuan mmng tak reti parking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *