Bila Jee An Berleter

Volume 1: Mat motor dan akal …

on

Hari ni memang terpanggil panggil rasa Jee An nak mengomel.

Apa taknya. Perangai mamat-mamat motor ni memang boleh mendatangkan angin satu badan. Tak kiralah motor kecil ke, besar ke, maha besar ke tapi yang pasti, Jee An rasa dia orang ni perangai sama saja – boleh buat satu Malaya migraine.

Kalau Jee An nak memekak marah pun, dia orang ni semuanya dah separuh abad akil baligh, otak dah tepu isinya tapi perangai alahai, macam baby pakai barut kena lumur minyak Yu Yee Cap Limau kat pusat. Kurang berakal gamaknya.

jee an 3

Kalau la ada rotan dalam Perodua Evoque Jee An ni , sahih Jee An keluar dan sebat mamat-mamat motor ni, biar berbirat satu badan. Tapi ya lah, itu ikut nafsu, tapi Jee An tak dapat la nak buat macam tu sebab Jee An ni kan wanita Melayu terakhir yang ayu seayu-ayunya. Itu Mak Jee An yang cakaplah kan. Harus percaya. Mak mana menipu, berdosa.

Apa yang buat Jee An marah sangat? Alkisahnya, semalam, tengah sedap-sedap Jee An menikmati kesesakan jalanraya yang maha indah di pagi hari sambil selet lipstick di bibir mungilku yang ala ala Penolope Cruz ni, tiba-tiba “Gedebang !!!”.

Ya !  Ada mamat sengal bawa motor yang tak berapa nak besar mana pun telah dengan tidak berhemahnya melanggar cermin sisi Jee An. Maaf cakap, la… segala ilmu perbendaharaan kata yang tidak tertulis di dalam Kamus Dewan Bahasa telah terkeluar dari bibir Jee An (dengan calitan lipstick yang sudah sedikit terpalit di gigi).

Alahai Encik Lelaki … Dah tahu jalan tu sempit, kenapa nak mencilok juga? Kalau jalan lebar sedepa, tak akan dia jadi dua depa kalau langgar cermin sisi kereta oranglah! Awak ingat Perodua Evoque saya ni macam pokok semalu ke … kena sentuh dia mengecut?

Rasanyalah mesti setiap perempuan yang bawa kereta pernah mengalami perkara yang sama. Tapi itulah , nak buat macam mana. Cakap pun tak ada guna, Harapnya pemandu wanita yang senasib dengan Jee Ann ni teruslah tanamkan dalam minda yang kita ni adalah pengguna jalanraya yang lebih berakal dari kaum yang satu lagi tu. Mohon diberikan kesabaran yang maha kental apabila kita menggunakan jalanraya. Sebab orang lelaki ni memang macam itulah perangainya bila ada di atas jalanraya , akal letak kat lutut kaedahnya.

Sebab itulah kalau Jee An jadi Menteri Pengangkutan, Jee An memang tak akan bertangguh untuk haramkan orang lelaki dari menunggang motosikal. Mereka memang tak akan dapat kawal emosi stail ‘ini dunia ana yang punya’.  Tak percaya cakap Jee An, cuba pergi ke lebuhraya Karak pada hujung minggu. Tengok macam mana mamat-mamat motor mahal yang pangkat besar tapi fikiran kurang matang sebab tergamak berlumba atas jalanraya awam. Kalau terjadi apa-apa, salahkan segala benda; tuding sana sinun; kecuali diri sendiri.

Bayangkan kalau perempuan sahaja yang dibenarkan bawa motor-motor besar tu, Jee An percaya aman dunia sebab kami akan bawa dengan lebih bersopan-santun dan dengan lebih ayu. Indah di mata, suci di hati.

Kepada mereka yang telah tertulis “Lelaki” di kad pengenalan masing masing, Jee An memang mohon awak semua terasa. Baliklah rumah, cium minyak Yu Yee tu dalam dalam , sedalam awak semua menyedut vape. Fikirlah dengan akal yang sudah diletakkan kembali di tempat yang sepatutnya.

Recommended for you

4 Comments

  1. the stik

    Feb 16, 2016 at 8:05 am

    perodua evoque ke range rover kembara tu?

  2. Rider berhemah

    Feb 16, 2016 at 10:40 am

    Poyo giler..jalan raya malaysia ikut standart JKR, yg mana mmg sesuai untuk motosikal lalu di celah antara kereta-kereta. kalau side mirror da kena langgar, maknanya kereta puan da makan ketengah. jangan nak salahkan pengguna motosikal sepenuhnya. Da makan ketengah sibuk nak melipstik, mmg kaki naik side mirror la. Check dulu diri sendiri, ada bukti kukuh baru buat penuduhan.

    • kasim

      Feb 20, 2016 at 12:42 pm

      ya betullll

  3. doyoe

    Jun 27, 2016 at 4:11 pm

    kahkah..
    belum kira lg dgn pemandu mabuk gajet,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *