Wawancara

Kenapa Proton Saga best? Ini kata pemenang ‘Experience the Drive Proton’

on

Sebagai rakyat Malaysia dan pengguna Proton yang setia, saya percaya dan bangga dengan jenama Proton dari dahulu sehingga kini! Kata salah seorang pemenang peraduan Experience The Drive, Proton.

Baru-baru ini, Careta sempat temubual dengan dua orang pemenang peraduan ‘Experience The Drive Proton’, untuk berkongsi pengalaman mereka memandu uji kenderaan proton yang telah menerima anugerah sedan kompak terbaik, iaitu Proton Saga.

Proton 2

Lim Ai Ping, pemenang bulanan pertama yang telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 telah memandu uji Proton Saga di bilik pameran Proton di Petaling Jaya.

Bagi pemenang minggu keempat pula, Ahmad Kamil Ibrahim telah berjaya menerima kad petrol yang bernilai RM500 juga telah pandu uji Proton Saga.

Apa pendapat anda mengenai Proton Saga, setelah pandu uji?

“Sangat seronok pandu Proton Saga yang terbaru ini. Sangat selesa, pemanduan rasa begitu lancar dan yang penting teknologi pun dah semakin canggih dengan kamera undur belakang, saya rasa sangat yakin semasa memandu” kata Lim.

Lim Ai Ping, 31 tahun

Lim Ai Ping, 31 tahun

“Saga yang lama dan yang terbaru ni memang saya dapat rasa perbezaan. Pengendalian memang terbaik, enjin pun lebih senyap dan teknologi semakin bagus” kata Ahmad.

Anda pengguna kenderaan Proton?

Sebenarnya, Lim ini memang pengguna Proton yang setia. Bila ditanya kereta apa yang dia guna, dengan semangatnya terus dia jawab…..

“Mestilah saya guna Proton! Seluruh ahli keluarga saya memang guna kereta Proton dari dulu lagi. Ayah saya sudah 15 tahun guna Proton Wira sampai sekarang. Abang saya pun guna kereta Proton”!

Ahmad juga seorang pemilik kenderaan Proton model Saga BLM mengakui yang Saga 2016 ini memang best! Beliau juga sebenarnya dah ada perancangan untuk beli kenderaan Proton yang baharu.

Ahmad Kamil Ibrahim, 37 tahun

Ahmad Kamil Ibrahim, 37 tahun

Kenapa Proton Saga best? Ini jawapan mereka……

Menurut Lim, kenderaan Proton menawarkan praktikaliti yang terbaik. Sesuai untuk kegunaan keluarga, harga mampu milik, selesa dan teknologi semakin baik.

Ahmad bersetuju bahawa Proton Saga ditawarkan dengan harga mampu milik. Selain itu, ia juga mempunyai rekabentuk dan desain yang menarik, penggunaan petrol juga lebih jimat dan menawarkan pengendalian yang baik.

Terima Kasih Proton…..

Semasa saya dapat tahu yang saya menang, memang saya terkejut! Tak sangka, dalam seluruh Malaysia, saya boleh menang.

Terima kasih Proton kerana pilih saya sebagai pemenang. Teruskan usaha baik anda untuk menawarkan kenderaan yang terbaik buat warga Malaysia” kata Lim.

“Saya terharu dan berterima kasih kepada Proton. Saya juga rasa bangga sebab Proton kini dah menghasilkan kereta-kereta yang bagus dengan harga mampu milik” kata Ahmad.

Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang. Teruskan sokongan padu anda terhadap jenama kereta nasional Malaysia, Proton. Jika bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Anda pun mahu jadi pemenang peraduan Experience The Drive Proton? Jangan tunggu lagi, jom ke bilik pameran Proton sekarang. Caranya mudah, pandu uji mana-mana model Proton dan tulis slogan pengalaman pemanduan.

PROTON-Experience-the-Drive-Contest

Penulis:Nurdiana Ismadi

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *