Berita Global

Alpha-One, telefon pintar Lamborghini

on

Dua tahun selepas telefon pintar Tauri88 dikeluarkan, kini Tonino Lamborghini telah mengeluarkan model baharu iaitu Alpha-One, sebuah telefon pintar mewah berjenama Itali bagi mereka yang mahukan peranti yang terunggul.

lamborghini-alpha-one-2_Fotor

Dilancarkan di suasana istana di Turandot Palace, Moscow, Russia, Alpha-One melambangkan objek mewah yang akan menjadi peranti utama bagi orang-orang ternama dan terkaya di dunia.

Direka dan dibuat oleh Tonino Lamborghini, pembuat barangan mewah untuk syarikat Lamborghini, Alpha-One menggunakan bahan-bahan eksotik, sama seperti yang boleh didapati pada kereta Lamborghini.

4046666_1237594_Fotor

Ia menggunakan liquid metal, iaitu suatu jenis bahan besi aloi yang lebih kuat dari titanium, yang dapat melindungi peranti ini dari gegaran dan penggunaan lasak setiap hari. Ia juga dikatakan berupaya kelihatan berkilat walaupun dipakai untuk masa yang lama.

4046669_1237597_Fotor

Bahagian belakangnya dibaluti dengan kulit yang dijahit oleh tukang jahit mahir dari Itali, juga memberikan tahap genggaman yang tinggi. Lambang masyhur “Raging Bull” terpapar dibelakang dijahit dengan sulaman emas, melengkapkan kemewahan rupa telefon pintar ini.

lamborghini-alpha-one-1_Fotor

Dari segi teknologi, Alpha-One memberikan pengalaman premium dengan sistem bunyi Dolby Audio yang memberikan suasana bunyi 3D. Kamera depan 8MP dan kamera utama 20MP memberikan kualiti gambar ala pro dengan sistem penstabil imej optik. Sensor cap jari berada pada bahagian belakang untuk keselesaan dan kemudahan penggunaan. Skrinnya ialah WQHD (1440×2560) AMOLED, berukuran 5.5 inci.

4046663_1237587_Fotor

Alat proses ialah dari Qualcomm Snapdragon 820, dengan RAM 4GB dan memori dalaman 64GB. Sistem operasinya ialah Android Nougat (7.0) yang terbaharu. Kapasiti baterinya pula ialah pada 3250 mAh, memberikan 13 jam waktu perbualan.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *