Tekno Careta

Tekno Careta: Beg udara bagi penunggang motosikal

on

Analisis data kemalangan menunjukkan bahawa banyak kecederaan dan kematian dalam kemalangan motosikal berlaku apabila penunggang berlanggar dengan kenderaan lain, jalan raya, atau objek lain selepas berlanggar secara berdepan. Pengeluar motosikal terkenal iaitu Honda telah memutuskan bahawa penggunaan beg udara bagi motosikal mampu mengurangkan momentum ke hadapan bagi penunggang ketika impak perlanggaran.

 

e_airbag4

Honda memperkenalkan teknologi beg udara motosikal pengeluaran pada tahun 2005, diikuti oleh pengeluaran model Gold Wing Airbag pada tahun 2006, yang merupakan motosikal pengeluaran pertama di dunia dilengkapi dengan beg udara. Beg udaranya berbentuk V,  bagi menawarkan kestabilan apabila penunggang bersentuhan dengannya.

honda-gold-wing-motorcycle-airbag-system-explained-12559_8

Sistem beg udara motosikal ini hanya diaktifkan dalam impak berdepan apabila nilai kemungkinan yang ditetapkan dikesan. Pada dasarnya, ia tidak akan diaktifkan semasa pelanggaran dari tepi atau belakang, mahupun semasa jatuh. Perlanggaran mungkin melibatkan pelbagai faktor, seperti kesan sudut, dan beg udara tidak boleh membantu mengurangkan keterukan kecederaan dalam semua kes. Penggunaan jaket dengan beg udara mungkin lebih berkesan dalam kebanyakkan kes kes kemalangan, namun begitu beg udara motosikal turut berperanan mengurangkan lagi impak kemalangan apabila digabungkan penggunaannya dengan jaket beg udara.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *