Model Terbaharu

BMW lancar model hibrid 740Le xDrive

on

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan BMW 740Le xDrive serba baharu varian terkini BMW 7 Series di Malaysia.
Jentera ini ditawarkan pada RM598,800.00 harga  (di atas jalan tidak termasuk insurans, merangkumi Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun terkini darIpada BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW)

“BMW 7 Series Hybrid Serba Baharu dengan Teknologi eDrive sememangnya hadir ke dalam portfolio BMW iPerformance yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia pada masa yang tepat. Terutama ketika kejayaan luar biasa dicatat oleh varian-varian BMW 3 Series dan BMW X5 yang telah diperkenalkan pada tahun lalu.”  Kata Ketua Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan.

Reka bentuk

  • Teknologi eDrive termasuklah lencana eDrive pada tiang C dan logo BMW i pada panel sisi hadapan limosin ini.
  • Penampilan menerusi tapak roda dan perkadaran seperti model sebelumnya.
  • Set rim aloi ringan jejari berkembar bersaiz 19 inci.

Kepakaran BMW eDrive dan teknologi BMW TwinPower Turbo

  • Gabungan inovasi terbaik enjin pembakaran dalaman dan sistem pacuan elektrik untuk menawarkan prestasi serta penjimatan bahan api serta emisi yang ketara.
  • Dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris bersesaran 2.0 liter dengan kepakaran BMW TwinPower Turbo yang diambil daripada keluarga enjin EfficientDynamics BMW Group.
  • Enjin paling berkuasa pernah dipasang pada model siri keluaran BMW, enjin pembakaran dalaman itu mampu menjana kuasa maksimum 258hp dengan tork puncak 400Nm.
  • Dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan yang telah dioptimumkan.
  • Cacatan kelajuan maksimum 250km/j.
  • Dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti pengecas turbo TwinScroll yang diintegrasikan ke dalam pancarongga ekzos besi tuang, Pancitan Berketepatan Tinggi dengan tekanan maksimum 200 bar, double-VANOS untuk hamburan tork dan kuasa lebih padu, serta versi terkini teknologi VALVETRONIC paling maju.
  • Output maksimum 113hp dan tork 250Nm dalam mod pemanduan elektrik sepenuhnya.
  • Jarak pemanduan elektrik BMW 740Le xDrive adalah berdasarkan kepada kitaran 41KM New European Driving Cycle (NEDC).
  • Gabungan enjin pembakaran dalaman dan sistem pacuan elektrik menawarkan output mencecah 326hp dan tork puncak 500Nm.
  • Sedan plug-in hybrid ini dapat memecut dari 0 – 1000km/j dalam masa hanya 5.3 saat.
  • Dalam mode AUTO eDrive, enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik diselarikan secara pintar untuk memaksimumkan pemanduan bebas emisi – ia hanya akan mengaktifkan enjin pembakaran dalaman pada kelajuan sekitar 80km/j atau apabila pendikit minyak ditekan keras.
  • Pemanduan elektrik sepenuhnya ditawarkan dalam mode MAX eDrive di mana kereta digerakkan oleh motor elektrik.
  • Ciri Battery Control membolehkan pemandu untuk mengaktifkan penggunaan bateri bervoltan tinggi secara manual dengan menetapkan jumlah caj untuk digunakan dalam perjalanan nanti.

Pengalaman Pemanduan mode ADAPTIVE dan BMW xDrive

  • Ciri Driving Experience Control – boleh diaktifkan menerusi satu suis pada konsol tengah, ke satu tahap baru melalui pengenalan mode ADAPTIVE yang menetapkan maklum balas kereta mengikut gaya dan profail laluan pemandu. Sementara mode-mode seperti ECO PRO, COMFORT dan SPORT.
  • Aspek Sheer Driving Pleasure menerusi sistem BMW xDrive dipertingkatkan lagi apabila ia dipasang buat pertama kalinya ke dalam model sedan BMW di Malaysia. Sistem pacuan semua roda pintar itu merupakan sistem pacuan semua roda paling fleksibel dalam segmennya.

Ruang dalaman

  • Menerima anugerah World Luxury Car of the Year 2016, termasuklah ciri BMW Touch Display pada monitor dan BMW Gesture Control.
  • Pada bahagian dalam pula, upholsterinya ialah materirial kulit Nappa yang eksklusif bersama kemasan kayu berwarna kelabu (Poplar Grain Grey).
  • Rekaan Lampu Ambien yang merangkumi Welcome Light Carpet pada bahagian hadapan pintu depan yang mengalu-alukan kedatangan pemandu dan penumpang ke dalam kereta.
  • Sementara lampu ambien di dalam kereta pula menawarkan enam warna dan mood berbeza.
  • Bumbung kaca panoramik Sky Lounge yang dipasang dengan lebih 15,000 butiran lampu LED.
  • Bahagian belakang kereta, unit kawalan BMW Touch Command diletakkan di konsol tengahnya .
  • Sebagai tablet bersaiz tujuh inci pertama yang boleh dialih keluar dan disambung dengan sistem kenderaan, penumpang kini boleh mengakses semua fungsi hiburan dan ciri keselesaan yang ada.
  • 16 unit pembesar suara bunyi keliling 600w Harman Kardon
  • Tempat duduk dengan pelarasan elektrik untuk pemandu dan penumpang hadapan. Tempat duduk penumpang belakang juga tidak kurang selesanya dengan fungsi lapan program urutan, termasuklah program Vitality.

Autoriti dengan aplikasi BMW Connected app.

  • Melalui aplikasi BMW Connected, pemandu boleh meningkatkan keselesaan ruang dalaman kenderaan dengan mengawal fungsi pendingin hawa menggunakan telefon pintar.
  • Aplikasi BMW Connected juga membolehkan pengguna memantau tahap caj bateri bervoltan tinggi, lokasi stesen pengecasan, jarak menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dan jumlah petrol yang dapat dijimatkan.
  • Pelbagai status data kenderaan dan operasi fungsi terpilih juga boleh dikendalikan oleh BMW Display Key melalui ciri Touch Display bersepadunya.
  • Pemandu boleh memeriksa takat minyak di dalam tangki, jarak terkini kenderaan, status caj, status sistem kunci berpusat, tingkap dan bumbung kaca, mengetahui masa serta mengaktifkan sistem pendingin hawa dan ventilasi dari dalam kenderaan.

Kecekapan dengan ciri keselamatan menyeluruh dan teman ketika memandu untuk pengalaman yang lebih baik.

  • Mencatatkan penggunaan bahan api cuma 2.5l/100km dan emisi CO2 56g/km.
  • Penggunaan tenaga elektrik oleh sedan ini juga cukup mengagumkan iaitu 13.9 kWh bagi setiap 100km.
  • Sebagai varian BMW iPerformance, chasis BMW 740Le xDrive terdiri daripada dua gandar suspensi udara dengan pelarasan ketinggian automatk dan Kawalan Peredam Dinamik yang menawarkan tahap keselesaan terbaik.

Aspek keselamatan

  • Beg udara hadapan dan sisi, beg udara bahagian kepala/curtain pada tempat duduk hadapan dan belakang, beg udara untuk lutut pemandu, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di belakang dan Sistem Perlindungan Aktif – serta banyak lagi.
  • Turut ditawarkan pelbagai sistem bantuan pemanduan, termasuklah paparan head-up terbaru BMW, Parking Assistant, Driving Assistant Plus dan sistem Surround View.

Pilihan mengecaj dengan BMW 360° ELECTRIC.

  • Dengan kapasiti tenaga kasar mencecah 9.2 kWh, bateri lithium-ion bervoltan tinggi pada BMW 740Le xDrive boleh dicaj semula menggunakan soket kuasa domestik.
  • Manakala caj penuh menggunakan BMW i Wallbox Connect boleh dicapai dalam masa kurang lima jam.
  • Proses mengecaj boleh diuruskan sama ada menerusi aplikasi BMW Remote pada telefon pintar atau grafik dalam kluster instrumen kereta.
  • Sebagai sebahagian daripada program BMW 360° ELECTRIC, para pemilik BMW 740Le xDrive telah menyertai pembeli BMW i8, BMW 330e dan BMW X5 xDrive40e untuk menikmati akses mudah ke rangkaian 181 stesen ChargEV milik GreenTech Malaysia di seluruh negara melalui servis mobiliti BMW ChargeNow.

BMW 740Le xDrive didatangkan dalam warna hitam (Black Sapphire), biru (Imperial Blue), putih (Mineral White) dan kelabu (Sophisto Grey).

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *