Berita Domestik

Peluang menang tiket perlawanan akhir liga juara UEFA

on

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) kini melanjutkan kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan 2016/17 yang mendapat sambutan hangat bagi membolehkan pelanggan memenangi percutian dan peluang menonton perlawanan akhir bola sepak Eropah di Cardiff, Wales yang ditanggung sepenuhnya.

“Penglibatan Nissan dalam penajaan global Liga Juara-juara UEFA menjadi satu platform yang ideal buat ETCM untuk mengambil bahagian dan memberi peluang kepada pelanggan Nissan untuk menonton perlawanan bola sepak tahap tertinggi di Eropah itu,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Bagi menambah keterujaan terhadap kempen tersebut, ETCM turut menawarkan Nissan Almera 1.5L Automatik melalui skim mampu milik dengan bayaran hanya RM600 sebulan, sempena meraikan ulang tahun ke-60 Tan Chong Group.

Almera_TheStar

Rebat menarik dan penjimatan sehingga RM6,500 ke atas model-model terpilih, ditambah dengan Skim Bayaran Muka kosong % Faedah dan Promosi RM1 juga ada ditawarkan.

Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk mendapatkan tawaran hebat serta melihat model-model Nissan dari dekat.

Tarikh siri jelajah Nissan adalah seperti berikut:

capture nissan

ETCM juga telah mengumumkan 16 pemenang bertuah yang telah membeli serta mendaftar  kenderaan Nissan pada Januari dan Februari 2017.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

Senarai pemenang Kempen “Drive to Prosperity” bulan Januari:

nissan 2

Senarai pemenang Kempen “Drive to Prosperity” bulan Februari:

Capture nisaan 2

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM Nissan di talian 1800-88-3838.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *