Berita Global

Mercedes-Benz sudah bersedia hadapi BMW dan Audi

on

Nampaknya Mercedes-Benz sudah bersedia untuk menghadapi pesaingnya, Audi dan BMW dengan mendedahkan “Mercedes-Benz Concept A-Saloon” di Shanghai Motor Show.

Mercedes-Benz A-class ini bakal ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan diesel empat-silinder, termasuk seperti sebelumnya dengan unit 2.0 liter pengecas turbo bersama 400 hp bagi varian A45 4Matic.

Wajah hadapan jentera ini diberikan gril khas AMG GT Panamericana, bersama lampu utama berbentuk segi tiga yang nampak agak garang dan lebih ganas!

Bahagian belakang pula nampak seperti Mercedes-Benz CLA, tapi dengan garis yang lebih tajam dan kemas.

Versi pengeluaran ditetapkan untuk sampai ke United Kingdom (UK) pada akhir tahun 2018.

Sumber dan gambar diambil dari www.autocar.co.uk

Oleh:Nurdiana Ismadi

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *