Berita Domestik

Perodua kekal juarai carta jualan

on

Promosi berterusan dan pelancaran model Axia facelift menjadikan Perodua terus menguasai 35.9 peratus dari pasaran jualan kenderaan negara sebanyak 140,000 unit bagi suku tahun pertama 2017.

IMG_9990

Ini bermakna Perodua terus menguasai pasaran kenderaan baharu negara.

Di bawah ialah sinopsis prestasi Perodua bagi suku pertama tahun 2017.

Penjualan sebenarnya meningkat

Menurut siaran akhbar dari Perodua, ia sebenarnya merekodkan kenaikan dalam jumlah jualan untuk suku pertama berbanding dengan tahun 2016.

Perodua mendaftarkan hampir 50,300 unit kenderaan dalam suku tahun pertama 2017, kenaikan sebanyak 6.5 peratus dari 47,200 unit yang didaftarkan dalam suku pertama tahun lalu.

Penjualan bulan Mac naik

Penjualan bulanan turut menampakkan kenaikan, di mana Perodua menjual sebanyak 19,500 buah kenderaan dalam bulan Mac 2017, berbanding dengan 17,300 unit terjual dalam bulan yang sama tahun lalu (jumlah unit berdasarkan rekod jualan Perodua sendiri).

Gambar dari says.com

Gambar dari says.com

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh, syarikatnya percaya kenaikan jualan didorong dari pengenalan Axia facelift yang lebih cantik dan juga promosi agresif untuk model-model Perodua yang lain.

Jumlah kenderaan diservis naik

Aminar turut menambah Perodua mengalami sedikit peningkatan dalam jumlah pemilik kenderaan Perodua yang menghantar kenderaan mereka kembali ke Perodua untuk diservis.

Suku pertama tahun ini melihat sebanyak 518,201 kemasukan kenderaan ke pusat servis Perodua, peningkatan sebanyak satu peratus dari suku pertama tahun 2016.

Jumlah keuntungan alatganti meningkat

Keuntungan dari jualan alatganti bagaimanapun melihat kenaikan yang lebih baik, lima peratus dari RM65 juta yang didapati dari suku pertama tahun lalu.

Keuntungan unit Body & Paint naik

Keputusan Perodua untuk melabur dalam perkhidmatan ketuk badan dan cat tujuh tahun lalu pula nyata berbaloi kerana ia mengalami peningkatan keuntungan sebanyak 17 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pengeluaran kilang naik

Dari segi pengeluaran kenderaan, kilang Perodua telah berjaya menghasilkan 49,218 unit kenderaan dalam suku pertama tahun 2017, berbanding dengan 48,000 unit dalam suku pertama 2016.

09-Bezza gear Up!-8

Eksport menurun

Dalam segi eksport, Perodua hanya mengeksport sebanyak 941 unit kenderaan kepada enam negara dalam suku pertama tahun ini, penurunan sebanyak 41 peratus dari 1,600 kenderaan tahun lalu dalam tempoh yang sama.

Aminar bagaimanapun yakin jumlah eksport akan meningkat dan Perodua mampu mencapai sasaran eksport sebanyak 5,000 unit tahun ini.

Sasaran tahunan kekal

Perodua masih optimistik untuk mengekalkan sasaran jualan tahun 2017 kepada 202,000 unit.

“Walaupun ada halangan di dalam industri automotif tahun ini, kami yakin industri automotif akan tetap mengalami peningkatan yang sederhana tahun ini,” ujar Aminar lagi.

Myvi-Advance_Two-Tone_Front

Pengganti Myvi yang akan dilancarkan dalam suku keempat tahun ini akan memastikan sasaran jualan 2017 tercapai.

Selain dari dua sebab yang diterangkan oleh Perodua akan punca kenaikan jualan mereka, Careta yakin antara punca lain ialah kepercayaan pasaran terhadap jenama Perodua sangat membantu.

Dalam mana harga bahan api tidak lagi diberikan subsidi, pihak pengguna akan mula mencari kenderaan kedua atau ketiga yang menjimatkan dari segi kos penggunaan bahan api dan penyelenggaraan.

Tradisi “safe buy” ini memang terbukti terjadi di banyak pasaran negara maju, di mana penjimatan kos menjadi objektif utama pasaran.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *