Berita Global

Kia Rio sedan baru lebih seksi

on

Dengan rupa yang nyaris sama, bahagian belakang yang dulunya versi “hatchback”, kini Kia memperkenalkan Kia Rio Sedan 2017 yang menawan! Kia Rio Sedan ini telah diperkenalkan di New York Auto Show 2017 dan akan mula dijual di Amerika Syarikat (AS) hujung tahun ini.

Mari baca selanjutnya mengenai Kia Rio Sedan ini:

Eksterior

  • Dari sisi eksterior, Kia Rio Sedan serba baharu ini nampak lebih menarik dan masih kekal dengan rekaan hidung harimau Kia.
  • Bahagian moncong (hadapan) lebih panjang, badan lebih pendek, dan dek belakang lebih rendah.
  • Bahagian hadapan sama seperti versi hatchback, dengan lampu utama memanjang ke belakang dan lampu kabus yang dinaikkan sedikit ke atas.
  • Bahagian tepi, garis bahu yang lebih tegap membuatkan ia nampak lebih panjang.
  • Pada bahagian belakang terdapat lampu yang berbentuk trapezoid dan kemasan bawah berwarna hitam.
  • Dimensinya bertambah, 15 mm lebih panjang menjadi 4,384 mm manakala jarak roda pula dipanjangkan 10 mm menjadi 2,581 mm.
  • Sayangnya versi sedan ini mengalami penurunan dimana ia menggunakan rim 15 inci, termasuk varian tertinggi (EX), berbanding yang sebelumnya 17 inci

 

Interior

  • Papan pemuka kemas dengan garisan melintang yang lebar dua tona.
  • Tempat duduk dibalut kulit direka semula supaya lebih kurus dengan motif kotak sama seperti versi hatchback.
  • Dengan dimensi yang lebih panjang dan lebar, ruang dalaman lebih luas dengan ruang but 388L, kurang satu liter dari versi hatchback.
  • Penumpang dan pemandu dapat menikmati ruang kaki dan bahu yang lebih luas.
  • Bagi sistem informasi dan hiburan, ia ditawarkan dengan fungsi Bluetooth, enam pembesar suara dan kamera undur.
  • Varian EX pula didatangkan dengan sistem hiburan UV03 dengan skrin sesentuh terapung tujuh inci dan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sistem Keselamatan

  • Enam beg udara ABS, stability control, hill-start assist, dan boleh dipilih dengan autonomous emergency braking (AEB).
  • Kia juga mensasarkan Kia Rio Sedan bakal mendapat penarafan lima bintang di National Highway Traffic Safety Association (NHTSA) dan dari Insurance Institute of Highway Safety (IIHS).
  • Kereta ini didatangkan secara standard dengan brek cakera 11 inci di hadapan dan brek dram di belakang. Varian EX pula mendapat brek cakera 10.3 inci di belakang.

Di pasaran AS, Kia Rio Sedan akan dijual dalam satu pilihan enjin, iaitu unit empat silinder 1.6L 130hp/161Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik atau manual.

Suspensi MacPherson digunakan pada bahagian hadapan dan torsion beam di belakang. Struktur rangka KIA Rio Sedan 2017 menggunakan “advanced high strength steel” yang mampu membuat rangkanya mempunyai ketahanan yang lebih kukuh.

Sama-sama kita nantikan kemunculan Kia Rio Sedan di Malaysia.

2017-New-York-Auto-Show-2018-Kia-Rio-Sedan-8-770x433

 

Gambar diambil dari motor1

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *