Berita Global

Goodyear kuat hadapi keperluan pasaran

on

Goodyear Tire & Rubber Company kini berada dalam kedudukan yang baik untuk menangani trend dalam industri tayar global dan mengukuhkan strategi mereka untuk memacu pertumbuhan yang menguntungkan.

“Peralihan kepada permintaan tayar bernilai tambah tinggi untuk kenderaan pengguna dan juga trak komersil merupakan trend produk utama dalam membentuk masa depan industri tayar,” kata Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Goodyear, Richard J. Kramer pada mesyuarat pemegang saham tahunan syarikat itu baru baru ini.

Beliau menambah bahawa dalam perniagaan tayar pengguna, trend ini jelas kelihatan dengan pertumbuhan permintaan bagi tayar dengan rim berdiameter 17 inci ke atas. Pasaran bagi segmen ini telah mengalami pertumbuhan dua kali ganda sejak 2010 dan dijangka akan berganda sekali lipat lagi pada tahun 2020 kelak.

Kramer turut berkata bahawa kelebihan Goodyear adalah model perniagaan syarikat itu yang mengintegrasikan kekuatan menghadapi keperluan pengguna seperti hubungan dengan pengeluar kenderaan (OE) dan hubungan pemasaran yang kuat yang disokong oleh rangkaian pengedarannya.

“Beberapa pesaing kami mempunyai kekuatan dalam satu atau beberapa aspek ini, tetapi yang mampu menguruskan semua unsur-unsur kerumitan dalam model perniagaan berhubung seperti Goodyear tidaklah banyak,” tambahnya.

Trend lain yang diketengahkan oleh Kramer adalah kerumitan membekalkan keperluan pengeluar kenderaan, kerana peningkatan penawaran pelbagai jenis kenderaan dan perubahan keperluan oleh pengguna peka-teknologi.

Richard_J_Kramer

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *