Tekno Careta

Tekno Careta: TPMS papar tekanan tayar

on

TPMS: Tyre Pressure Monitoring System
Sistem Pemantauan tekanan tayar. Sistem elektronik menggunakan sensor yang dipasang di dalam roda untuk memantau tekanan tayar secara berterusan. Sistem TPMS ini boleh ditambah kepada kebanyakan motosikal sebagai aksesori lepasjualan. Beberapa jentera mewah BMW dan Triumph, Kawasaki GTR1400 dan terkini KTM 1290 Super Adventure yang baharu dilancarkan semalam turut mempunyai sistem ini sebagai pemasangan standard.

Di Amerika Syarikat jika anda memandu kereta, lori atau SUV yang dikeluarkan dalam tahun 2008 dan selepasnya,  sistem pemantauan tekanan tayar TPMS ini telah dijadikan pemasangan standard. Akta TREAD yang telah digubal Kongres pada tahun 2000 memperuntukkan pemasangan ini selepas insiden kenderaan terbalik dan berguling Ford Explorer yang menggunakan tayar Firestone.

tpms-sensor-light

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *