Berita Domestik

Prihatin pada pasaran, Perodua suntik pembaharuan pada Bezza

on

Akur akan kehendak pasaran, Perodua dengan segera memberikan perubahan rekabentuk kepada sedan pertama mereka, Bezza walaupun belum berusia genap setahun.

Tiga perubahan yang diberikan kepada Bezza ini yang akan membezakan ia dari Bezza sebelumnya.

dashboard

 

  • Kemasan platinum krom pada bahagian corong pendingin hawa untuk varian Premium X dan Advance.

LEATHER SEAT COMPARO

  • Kemasan kulit rekaan baharu untuk tempat duduk bagi Bezza Advance

BAMPER-LAMA-BARU

 

  • Bamper belakang lebih sporti bagi semua varian Bezza.

Ketiga-tiga penambahan dan perubahan ini tidak mengakibatkan sebarang kenaikan harga dan Bezza baharu ini sudah boleh didapati di semua dewan pameran utama Perodua.

Sebenarnya, perubahan paling ketara ialah bamper belakang yang lebih labuh ke bawah, tetapi tidak begitu nampak jika kita melihat pada gambar di atas. Sebelum ini, gambar-gambar bahagian belakang Bezza di ambil dari sudut atas, agar tidak menampakkan bahagian bawah bamper belakang Bezza.

Perodua yang selalu turun padang untuk melakukan bancian dan kajian mengambil kira pendapat pasaran dan melakukan perubahan dengan kadar segera.

Dilancarkan Julai 2016, Bezza ialah sedan paling laris untuk suku pertama tahun ini dengan sebanyak 15,900 unit terjual.

Sejak dilancarkan, Perodua berjaya menjual sebanyak 50,900 unit Bezza.

Bezza-WHITE_-Front_Left_

Bezza datang dalam lima varian berbeza – 1.0L Manual dan Automatik, 1.3L Premium X Manual dan Automatik dan 1.3L Advance Automatik.

Seperti biasa, Perodua akan terus memastikan kualiti kenderaan mereka terjaga dan penyelenggaraan kekal pada harga mampu.

Ia adalah sedan belian berbaloi, terutama untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan yang tidak cerewet dan tidak meragam.

dashboard

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *