Uncategorized

Perodua Bezza digelar Frost & Sullivan Car of the Year 2017

on

Mungkin bukan suatu kejutan bagi kita yang sudah lama mengemari Perodua Bezza, akan tetapi kita masih boleh merasa bangga kerana Perodua Bezza baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Car of the Year 2017 dari Frost & Sullivan.

Penghargaan dari Frost & Sullivan ini ialah hasil pertimbangan beberapa faktor seperti jumlah kadar penjualan, kadar peningkatan jualan, bahagian pasaran pada segmen dan juga impak keseluruhan pada jumlah volum industri.

Perodua Bezza juga dinamakan sebagai 2017 Frost & Sullivan Malaysia Debut Car of the Year. Bukan sahaja itu, Perodua Axia juga mendapat penghargaan sebagai 2017 Frost & Sullivan Malaysia Value-for-Money (1.3L & Below Category) Car of the Year.

3

“Kami berasa sangat terharu dengan penghargaan untuk Perodua Bezza dan Axia. Anugerah-anugerah ini ialah pengendorsan bagi model Perodua yang direka penuh (pada bahagian atas) kami,” jelas Presiden & ketua pegawai eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Model Perodua Bezza telah dilancarkan pada 21 Julai 2016 dan ia menjadi model sedan terlaris bagi suku pertama tahun ini dengan penjualan 15,900 unit. Jumlah keseluruhan penjualan Perodua Bezza ialah sebanyak 50,900 unit sejak ia dilancarkan.

4

Perodua Axia pula telah mencatatkan penjualan sebanyak 231,300 unit sejak ia dilancarkan pada bulan September 2014. Ia juga ialah kereta pertama digelar Energy Efficient Vehicle (EEV) di Malaysia.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *