Berita Global

Koenigsegg Agera RS1 gegarkan New York Auto Show 2017

on

Ini dia, jentera paling berkuasa Koenigsegg Agera RS yang dikenali sebagai Koenigsegg Agera RS1 yang kini sedang dipamerkan di New York Auto Show.

rs 5

Pada Mac 2015 yang lalu, Christian von Koenigsegg telah mengumumkan 25 buah Koenigsegg Agera RS akan dibina. Kesemua 25 buah yang telah dibina itu habis dijual dalam tempoh satu tahun, dan RS1 ini adalah salah satu daripadanya.

rs 2

Untuk makluman, Agera RS1 ini telah dikuasakan dengan enjin yang lebih berkuasa iaitu versi CvK’s 5.0L turbo berkembar V8, yang mampu menjana kuasa sehingga 1,360BHP (RS model lain pula dengan janaan kuasa 1,160BHP), dan tork maksimum adalah 1,011lb ft . Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan dan “rear-wheel-drive” dengan padanan cengkaman dan sistem kestabilan.

Berat jentera ini adalah 1,394kg. Ia boleh memecut dari 0-62mph dalam masa 2.8 saat dan 0-186mph dalam masa 12.3 saat. Menakkjubkan!

Jentera berwarna putih “Arctic White” ini diberikan sedikit kemasan biru pada bahagian sayap lawi, “skirt”, peresap dan juga sayap belakang. Ia juga didatangkan dengan bumbung yang boleh dibuka, kerusi elektrik, sistem Bluetooth, pedal boleh laras, lif hidraulik, pemantaun tekanan tayar dan banyak dengan pelbagai sistem amaran.

Nasib baik juga kesemua Koenigsegg Agera RS telah habis dijual, kalau tidak mungkin ramai yang sudah memikirkan untuk menjual organ dalaman untuk mendapatkan jentera termacho ini!

Sumber: topgear

Gambar diambil dari:topgear dan autoblog.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *